RSS

Tuesday, February 17, 2009

Muhasabah: Clearkan Kefahaman, Murnikan 'Amalan


Assalamu’alaikum wbt


Lebih 2 minggu menyepikan diri dari dunia bloggers, hari ini aku kembali, dalam kesempatan yg ada. Menyepikan diri bukan bermaksud membiarkan segala-galanya terbiar, hanya proses mengatur kembali kehidupan dan pemikiran menyebabkan beberapa perkara tergendala.


Tak mahu berbicara panjang, hanya satu petikan ucapan tokoh terkenal, Al-Syeikh Maulana Abul Hasan Ali al-Nadwi dalam risalahnya Uridu an atahaddatha ila al-Ikhwan, dalam meredakan dan meluruskan kembali apa yang tersimpul bahana politik di negeri Perak, jiran kampus aku ni. Juga muhasabah buat sahabat2 yang mengaku dirinya merupakan mata-mata rantai perjuangan Al-Ikhwan al-Muslimin, perjuangan menuju mardhatillah, insyaAllah.


"Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur."


"Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. Ia terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. Ia terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya."


"Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan."


"Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperolehi itu salah satu dari matlamat mereka. Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua dari tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semulajadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya.."


"Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jamaah yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan berkerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka."


Dan sedutan berita dari HarakahDaily.Net pagi ini, benar2 menarik perhatianku;


“…Sayang, dengan pengalaman hanya selama 11 bulan menerajui kerajaan negeri Perak, Nizar diuji Allah dengan bebanan yang cukup berat, yang mungkin tidak tertanggung oleh individu lain dalam PAS. Namun, apabila mendengar ucapannya, Nizar masih tetap bersemangat waja, bijak menyusun ayat, mencari istilah dan membangkitkan aura…..”

“…Dari wajahnya terpapar satu semangat luar biasa. Saya juga yakin hubungannya dengan Allah makin dekat dan dekat. Dari jauh saya hanya mampu berdoa agar Nizar dapat menangani tribulasi berat yang bukan sahaja menimpa dirinya tetapi juga jamaah PAS itu sendiri…”


Tidak bermaksud membuat sebarang kesimpulan, just ingin mengajak pembaca yang budiman menggunakan ‘aqal kalian yang bijaksana itu untuk menilai kedua-dua petikan di atas, dengan berpandukan iman di dada. Pada yang baru berjinak-jinak dengan dunia perjuangan Islam, clearkan kefahaman, murnikan ‘amalan. ‘Amalan yang dilakukan atas dasar taqlid buta dan atas dasar semangat sahaja akan menyebabkan pelbagai masalah timbul.


Apa2pun, tahniah kepada Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Bukan menyokong atas dasar kepartian, tapi menyokong atas dasar matlamat perjuangan yang dibawanya. Jika tersasar dirinya dari matlamat perjuangan itu, maka akan sirnalah jua sokonganku buat dirinya.


"Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali (agama) Allah, dan janganlah bercerai-berai. dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu, ketika kamu bermusuh-musuhan. Lalu Allah menyatukan di antara hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu daripadanya. demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat-NYA, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah Allah."

(Ali-Imran: 103)



*Ketika aku balik kampung, dan membeli 2 keping akhbar tempatan, Berita Harian dan Harakah, aku diajukan soalan berikut:

“Ko ni orang belah mana? Kenapa beli dua2 suratkhabar?”. Jawapanku mudah, “Sebagai seorang pelajar university yang dididik supaya mencari maklumat yang tepat dan tidak menerima sahaja dari sebelah pihak, salahkah aku nak beli dua2?”. Hua3…


Wassalam

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum
time kasih akak
kebetulan saya ada masalah ini
")

naimah27 said...

oo patutlah send sms ayat tu..rupanya jadi tajuk post kali ni hehe..insyaAllah, setiap amalan yg dilakukan akan diteliti dahulu, jika terlaksana sblm sempat diteliti, maka perlu disemak kembali, semak semula, semak berkali2 supaya apa yg salah dpt diperbaiki, yg kurang dpt ditambah, yg baik bertambah baik...=)
satu peringatan yg baik. tq akak!

Sifrulmind said...

Alhamdulillah..
Semoga apa yg kita buat tidak menjadi sia2.

To naimah27:
Huh, akak bukan promote blog time msg tu. Berkata bila perlu dan guna kata2 yang perlu shj. Hehe..