Assalamu’alaikum
Bertemu kembali. Hehe..lama
tidak menulis di blog. Tia da apa yg terlintas di fikiran utk ditulis. Tambahan pula beberapa minggu
kebelakangan ini agak sibuk konon2nya. Mengejar due date utk kerja2 yg
diamanahkan, walaupun selalu sahaja terlewat dari jadual yg sepatutnya, kerna
ada sahaja masa yg terluang dilencongkan utk membuat kerja2 lain. Astaghfirullah..
Namun, Alhamdulillah, minggu
lepas diberi peluang untuk kembali ke kg, selepas sehari menangkis simptom2
demam. Dapat pulang ke kampong dengan kesihatan yg baik, alhamdulillah. Namun,
sekembali ke kampus pada hari semalam, dalam hujan lebat, ujian kesihatan itu datang
kembali. Alhamdulillah, Allah masih berikan peluang utk menghirup udara-NYA,
masih berpeluang menyiapkan beberapa kerja yg diamanahkan oleh supervisorku,
walaupun terpaksa membekukan diri di dalam bilik yg amat sejuk itu. Alhamdulillah
‘ala kulli hal.
Lama aku tidak membaca buku dengan
‘riang’. Kebiasaannya hanya membaca beberapa mukasurat, dan diakhiri dengan buku
itu yg membaca aku. Macam dah jadik ubat tidur plak. Dan minggu lepas membeli
sebuah lg buku. Ya, selepas ini jangan bawa aku melintasi kedai buku kerna aku
akan merembat sebuah dua buku walaupun buku2 sebelum ini aku masih belum
menghabiskannya. Astaghfirullah, nafsu2… sentiasa mendahului aqal dan iman. Huhu..
Ok, ingin berkongsi sebuah
cerita. Beberapa bulan yg lepas, mungkin, Berkesempatan membaca sebuah buku yg
tersusun cantik di rak buku. Hanya sempat membaca beberapa mukasurat,
memandangkan waktu maghrib telah tiba. Tentang sebuah kisah, berlaku di negara
jiran kita. Aku ceritakan semula di sini dengan gaya dan pemahaman aku, sebab
buku itu berbahasa Indonesia. Bimbang tidak difahami jika aku copy&paste
100% dari buku tersebut.
Seorang pak kiyai, yg sangat
alim, telah ditimpa satu musibah. Rumahnya dimasuki pencuri, dan beberapa
barang yang berharga telah hilang. Selepas dari kecurian itu, seringkali
dilihat pak kiyai termenung dan menangis seorang diri. Namun, tiada siapa yang
berani menegur, sehinggalah suatu hari, seorang dari anak muridnya mendekati
dan cuba untuk menenangkannya.
“Pak kiyai,
usah ditangisi akan barang2 yang telah hilang itu. Bersabarlah..” kata anak
murid itu.
“Aku bukan
menangisi barang yang hilang. Mungkin sahaja pencuri itu lebih memerlukan
barang2 yang dicuri itu berbanding diriku. Biarlah dia mengambilnya. Namun, apa
yang kutangisi adalah, mengapa pencuri itu tidak mencuri radio itu? Radio itu
sering sahaja membuat aku terleka kerana aku amat suka akan lagu wayang
kulit..” jawab Pak Kiyai. Anak muridnya terkedu, hilang kata-kata.
Ya, sukar bukan kita ingin berjumpa dengan
keadaan seperti ini? Sanggup berpisah dengan sesuatu yang amat
dicintai/disukai, kerana diketahui bahawa ia akan membawa diri kita menjauhi
Allah Ta’ala. Yang kita selalu jumpa, bermati-matian membela/mempertahankan
sesuatu walaupun diketahui diri bisa binasa kernanya. Tak perlu fikir jauh2
sangat. Contoh mudah, makanan. kita memang suka makan, apalagi makanan yg
menjadi kesukaan kita. Selagi tak penuh perut, selagi tu tak berhenti makan,
padahal kita tahu makan secara berlebihan memburukkan kesihatan, mendorong
kepada sifat malas untuk beribadah, dan memudahkan masukkannya bisikan2
syaitan. Tapi itulah juga yg kita suka lakukan. Nak tinggalkan boleh
sebenarnya, tapi kita sayang nk tinggalkan amalan tersebut. Benar atau tidak??
Oleh itu sahabat2, marilah kita
sama2 cuba koreksi kembali diri, lihat kembali diri. Cuba kita hitung berapa banyak perkara2 yg boleh menjauhkan diri kita dari Allah, tp kita amat suka
kepadanya. Sanggupkah kita untuk berpisah darinya dalam mendekatkan diri kepada
Allah dan mencari keredha-NYA? Berapa banyak pula perkara2 yg kita sukai itu
mampu mendatangkan rasa takut dan sekaligus rasa cinta kepada-NYA? Astaghfirullah..fikir2kanlah
sendiri wahai sahabat. Jika kita mendapati sesuatu perkara/amalan itu bisa menjauhkan diri kita daripada Allah, persiapkanlah diri untuk meninggalkannya. Tinggalkanlah ia. Jika tidak mampu untuk meninggalkannya, kurangkanlah ia. InsyaAllah, jika kita telah berazam utk meninggalkannya, Allah akan menolong kita. Faiza 'azamta, Fatawakkal 'ala-Allah.
Cukuplah sekadar ini sahaja,
buat peringatan bersama, terutamanya utk diri ni. Banyak sangat silap dan salah
diri ni, antara sedar atau tak je. Moga2 apa yg aku tulis ini akan memotivasikan
diri aku utk menjadi seperti contoh2 yg baik yg aku ceritakan kat sini, atau
sekurang2nya mengingatkan aku kembali satu hari nanti. Allahua’lam.