RSS

Wednesday, December 15, 2010

Lepas ni, Giliran Ape Plak Naik???

Minggu lepas aku terkandas di KL hampir 3jam kerana beberapa jalan ditutup. Menurut pemandu bas, disebabkan oleh demonstrasi membantah kenaikan air di Selangor. Ok, aku tertinggal skit bab demonstrasi tu. Mungkin sebab berminggu2 duk pulun buat design, sampai tertinggal hal demo ni. Kalau aku tahu, bleh join skali. Alang2 dh de kat area KL. Ok, benda dh lepas. Tapi aku tiba2 teringat sesuatu. Ketika tarif air di Kedah naik, kecoh 1 Malaysia. Kerajaan negeri kena kutuk 'kaw2' punya. Rakyat Kedah pon buat demonstrasi, x setuju dengan kenaikan tu. Kali ni Syabas plak naikkan tarif. Warga Selangor pun bangkit buat demonstrasi, mintak jangan naikkan tarif. Tapi ada satu negeri ni, rakyat dia memang baik. Sukakan keamanan. Jenis yg cepat redha dengan apa yg terjadi. Tak main ar demo2 ni. Buang masa kot bg depa. Buang duit lebih sikit xpa, naik sikit je tarif air tu. Tarif air naik pun, xde komen pape. Kami dengar, kami taat dan kami bayar. Kerajaan negeri pon x kate pape. Mana la tahu kan, nk anta memorandum kat Sultan ke, kat KeTTHA ke, SPAN ke, tapi xde pape yg berlaku. Siap bleh buat kenyataan;

“Pelarasan ini sudah melalui beberapa forum perbincangan sebelum ianya diputuskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan seterusnya direstui pihak Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)," (Sumber)

Sebelum ni tarif air negeri ni merupakan tarif air paling tinggi kat 1 Malaysia ni. Kali terakhir naikkan tarif tu ialah tahun 2007. Yer, 2007, bukan 1997 yer!! Negeri paling cepat sekali menaikkan tarif air dia..(sumber). Yg tu tarif lama utk setiap negeri.

Itulah negeri aku, negeri JOHOR. Aku sempat cek bil air umah kat kg time balik awal bulan aritu. Ok, baik, aku memang kaki penyibuk sikit pasal bab2 bil kat umah tu. Orang lain yang bayar, tapi aku yg cek. Dh jadik hobi kot sbb ia juga menjadi hobi aku ketika di rumah sewa. Ok, abaikan. Utk makluman, ayah aku x tau pon tarif air dh naik bermula november aritu. Lepas aku bising2, baru la ayah aku kata,"Patutla mahal sangat bulan lepas punya bil,". Oh, tidak!! Agaknya ramai lagi pakcik/makcik kat kg aku tu x tau yg air tarif air dh naik. Bila aku cek, bil kat umah ayah aku naik hampir 50% dr sebelum2 ni. Slalu bayar area RM4+/bulan, skng dah cecah RM8+/bulan! Ok, time cuti sekolah mmg bil akan naik sikit kat umah tu, tapi dicampur dengan tarif baru, natijahnya amat 'memberansangkan'!! Uishh..terkejut manusia la jugak. Yolah, aku duduk kat Penang, tarif air paling murah. RM25 utk setiap 2 bulan je. Boleh bayangkan betapa berbezanya bil kami???

Ok, aku ringkaskan. Berikut adalah tarif terbaru kat Johor. Ni aku paste yg domestik je. Yg lain2 tu bleh carik sendiri. Then bolehlah compare dengan tarif air negeri masing2 yer. Owh, warga Johor memang 'kaya2' rupanya, xdak masalah nk bayar air mahal2 ni. Mmm...

0 m3 hingga 20 m3 = 0.60
Lebih 20 m3 hingga 35 m3 = 1.65
Lebih 35 m3 = 2.96




Try la tengok iklan kat atas ni. Disiar kat semua saluran TV yg free ni (Tv berbayar x tau la plak sbb xmampu nk langgan yg berbayar..). Sebelum petrol naik, sibuk kuar iklan jimatkan petrol, kongsi kenderaan, bla bla bla. Sebelum gula naik bermula awal tahun ni, sibuk kuar iklan kurangkan gula dalam makanan/minuman. Okla, aku sokong iklan tu, tapi aku ter'suuzzon jugaklah bila harga minyak naik, gula naik dari awal tahun aritu (tahun ni je dh naik 65sen). Dan bila iklan di atas ni keluar, aku secara spontan cakap dengan housemate aku, "Tarif elektrik nk naik la tu..". Tgh tahun 2010 aritu tak jadik naik, tahun 2011, sape tahu kan?? Ok, kita tunggu 2-3bulan lagi..

Sedikit emosi post kali ni. Harap maaf.