Hujung minggu datang. Menarik nafas lega sedikit. Beberapa minggu sebelum ni jadual agak penuh. Dan minggu ini, sebaik pulang dari kursus, mendapat emel utk mengulang kembali beberapa eksperimen. Tambah parameter lagi. Walaupun hanya perlu masuk lab sekali sekala, namun, memandangkan semua eksperimen dilakukan di tempat yg berbeza, sekejap di Kedah, sekejap di Penang, berpindah lab dari satu school ke school yang lain, terpaksa minta kebenaran sana, tandatangan sini, borang Q sana, PO/LO sini, tunggu orang sana sini, birokrasi kat semua peringkat, membuatkan eksperimen yg sepatutnya boleh selesai dalam dalam masa 1 hari, mengambil masa berminggu-minggu lamanya. Agak2, bila aku bleh abiskan master aku ni ek? Hehe..Tapi itulah indahnya hidup ini. Belajar sebagai pelajar master research ni, banyak mengajar aku utk deal dengan orang.Alhamdulillah..
Khamis lepas, tatkala diri sedang kalut menyiapkan report2 yang perlu dihantar pada hari Jumaat, aku mendapat 1 SMS dan 1 msg di facebook yang membawa 2 khabar yang berbeza nadanya. Aku terima kedua-duanya dalam selang masa 1 jam. SMS yg aku terima, dari seorang sahabat, memaklumkan bahawa ibu saudaranya telah meninggal dunia. Innalillahi wa innailaihirajiun. Itu sahaja yg mampu aku lafazkan. Moga yg terbaik buat arwah di Sana. Dan buat keluarga sahabatku ini, moga Allah kurniakan kekuatan dan ketenangan hati buat kalian. Ameenn..
Berita kedua, aku terima lewat adikku. Kakak aku yg ke-3 telah selamat melahirkan putera sulungnya. Alhamdulillah..walaupun terpaksa divacum ketika dilahirkan, dia selamat menjengah dunia. Semoga dia menjadi anak yg soleh, insan yg soleh. Ameenn..
“(tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya. Dengan persediaan untuk bertanggungjawab; Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih); Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan;” (‘Abasa : 18-21)
Begitulah perjalanan hidup manusia. Ibarat tetamu di bumi Allah ini, atau lebih tepat lagi, sebagai musafir menuju ke tempat yg abadi, iaitu akhirat. Bak kata orang, hidup ni sebenarnya jalan menuju mati. Sekejap cuma kita di dunia ni. Tak kira berapa besar pangkat, berapa banyak harta, berapa ramai ahli keluarga, namun akhirnya, tiada satu pun antara benda tu yg kita bawa ke sana, kerana hakikatnya benda2 tu semua adalah amanah. Amanah itu satu ujian, sejauh mana kita masih tetap terus berpegang kepada janji kita sebelum kita dilahirkan ke dunia ini. Apabila terpisahnya roh dari jasad, ketika itu juga, putuslah segala amalan kita, kecuali 3 perkara, seperti yg terkandung di dalam hadith Rasulullah;
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Riwayat Imam Ahmad)
Ramai yang tahu tentang perkara ni, namun fitrah manusia, perlu selalu diperingatkan. Bila dah tahu dan dh ingat, kena tanya diri jugak, berapa % yg kita dh amalkan? Then, dari amalan kita tu, berapa % pulak keikhlasan yg hadir? Astaghfirullah..jika dihisab-hisab kembali diri, terasa bekalan amalan yg ingin dibawa ke daerah abadi itu, tiada langsung. Kosong. Sedangkan bila2 masa sahaja kita akan dipanggil ke sana. Sentiasa berada di dalam senarai menunggu. Ya, menanti. Menanti dalam gembira, dan menanti dalam resah. Gembira kerana mati itu syarat utk bertemu dengan Allah, utk berjumpa dengan kekasih2 Allah. Namun resah sering datang apabila mengenangkan persediaan yg telah aku lakukan utk ke Sana. Bagaimana nasib di Sana nanti? Mampukah kita berhadapan dengan-NYA, dalam keadaan diri yg penuh dipalit dosa? Mampukah diri meraih syafaat kekasih Allah, dalam keadaan diri sering mengabaikan sunnahnya? Astaghfirullah..
Mati itu pasti. Saranan buat diri, dan buat semua, marilah menjadi orang yg bijak dengan sentiasa mengingati mati. Assalamu’alaikum..
**Mari sama2 sedekahkan al-Fatihah buat ibu saudara sahabat aku yg telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah..
**Tahniah juga buat kakak dan abg ipar aku. Doakan yg terbaik buat mereka. Ameen..