Assalamu’alaikum… Dh malam buta (lebih sesuai disebut pagi kot..), mata masih tidak boleh lelap. Memang kebiasaan, dalam seminggu, mesti ada sehari yang aku rasa susah nak tido. Tak tau kenapa. Xpela, x teruk mana pon kalau x tido semalaman.
Bagi mengisi ‘masa lapang’ selepas bertungkus-lumus buat design, aku peruntukkan masa sikit untuk membersihkan external harddisk yang hampir full ni. Ntahpape je aku isi. Dalam proses mendelete apa yang patut, tiba2 terjumpa tulisan ni. Ntah bila aku taip pon aku dh lupa. Dan tiba2 aku rasa nk post kat sini. Post santai je. Tentang makanan. Nak ‘lari’ sekejap dari memikirkan benda2 yang serius. Bak kata aku, “Otak pon perlu rehat..”. Hehe..
Kali ni nak bercerita tentang makanan pulak. Beberapa jenis makanan yang aku susah/tak jumpa kat utara ni. So, kalu tak sampai kat Johor pun, tau la jugak kan beberapa makanan yg biasa dijumpai di sana. Ye lah, kalu Penang terkenal dengan laksa, Kelantan dgn nasi kerabu, nogori dgn msk lemak cili padi dia (sedapnya keli masak lemak cili padi), Terengganu dgn nasi dagang etc. Lain padang lain belalang. Eh, sesuai ke guna perumpamaan ni?? Mm..taram jelah..
“Wahai manusia sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan. Dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal”.
(Surah al-Hujurat : 13)
Nasi ambang/ambeng
Sebab dah lama tak balik kampong time orang wat kenduri2 ni, jarang dh jumpa nasi ambang ni. kalau area tmpt lain kat johor, leh beli je nasi ni kat kedai2 makan. Tapi kalau dekat area2 kampung aku ni, kalau jual memang x laku kot coz orang kampong jarang makan kat kedai. Lagipun depa leh jumpa hidangan ni time kenduri2 arwah, kenduri kesyukuran dll (kecuali kenduri kahwin). Bestnya nasi ambang time kenduri ni adalah ia dimakan di dalam talam. Makan ramai2. Kebiasaannya, time kenduri, satu talam dikhaskan utk 4-5 keluarga. Nasi tersebut akan diagih-agihkan kepada ketua keluarga yg hadir time kenduri tu dan ketua keluarga akan bawak balik nasi ambang tu utk disantap bersama keluarga tercinta. (Rindu nak makan beramai2 dalam talam ngan adik2. Huh..) Tapi ni ikut tradisi masyarakat Jawa jelah. Kalau Melayu or Bugis, xde amalan ni. Dan tak semua tempat buat camni. Sekarang amalan ni dh makin pupus pun. Tapi kat kampong aku still on je benda ni.
Mee Bandung
Mmm..sebab aku duduk kat daerah Muar, so, mee Bandung Muar la yang agak biasa ngan aku. Kat utara ni aku pernah beli mee bandung, tapi rasa dan rupa cam mee sarang burung plak (Pernah makan x mee sarang burung??). Xpa, bukan salah depa. Maybe sebab aku dah biasa dgn yg sana, susah nk terima dengan yang sini. Ok, abaikan. Makanan kegemaran mak aku ni. Hehehe….tapi aku biasa2 je. Tapi bila p turun Muar, benda ni la yg aku selalu order kat kedai. Mmm..maybe sebab dah lama x jumpa kot. Apa yg istimewanya mee bandung ni berbanding mee bandung tempat lain? Huhu, sesungguhnya kuah dia lebih pekat berbanding mee2 bandung yg aku jumpa tmpt lain, sebab dia de tambah beberapa ramuan rahsia lain. Yg pasti, aku masih tak pas masak benda ni. Hehehe…
Otak-otak
Otak-otak kempas yg paling glamour kat area Johor ni. dulu time kecik2 aku ngeri nak makan sebab nama dia “otak-otak”. Aku terbayang “otak” dimasukkan ke dalam daun kelapa, pastu dipanggang. Berapa banyak otak diperlukan utk buat otak2? Otak sapa yang diambil? Cam ngeri je nk bayangkan. Biasalah, budak kecik. Tapi walaupun benda ni terkenal kat Johor, 1st time aku makan adalah ketika aku berumur 20tahun, akak aku ngn abang ipar ajak aku makan kat mana ntah (tp area JB la..). Huh, ntah pape. Tapi yg pasti rasa otak-otak kat Johor ni lebih sedap dari otak2 segera yg de di pasaran dan tempat2 lain yg aku jumpa (Sekali lagi, ni ikut selera aku). Kat sesetengah kedai kat Johor ni, otak2 ni dah macam snek/makanan wajib. De je kat atas meja makan kedai diorg. Tapi tak semua tempat la. Sesetengah sahaja.
Sambal kicap
Ada orang panggil benda ni kicap berlada, lada berkicap, kicap pedas, air itam (aku terbayang air longkang plak) dan macam2 nama yang lain. Tak kisahlah nak panggil apapun, yg pasti benda dia lebih kurang sama. Yang ni bleh jumpa kat mana2 pun, tp kawan aku kata, kalu kat Johor, cam jadi satu kewajipan sambal kicap ni de kat atas meja makan/peti sejuk. Ni berdasarkan pengalaman dia selama duduk seminggu “beribu-bapa” angkatkan orang Johor. Aku tak perasan selama ni, but bila aku balik kampong, owh, memang betul rupanya. Ingatkan rumah aku ja, bila aku p umah akak aku, sama gak, bila p umah makcik belakang umah aku, sama gak. Bila p umah atuk aku ja xdak coz depa x leh makan pedas. Tapi sekali lagi aku kata, bukan semua tempat.
*Teringat time makan kat cafĂ© Diana, Kompleks sukan USMKKj. Aku nak p amik sambal kicap yg de kat kaunter tu sebab dirasakan hidangan kurang pedas. Bila tanya kat makcik tu, tau tak dia jawab apa? “Boleh2, ambikla, tapi jangan bawak balik plak semua..” Huhuhu..abaikan.
Kupang Segar
“Owh, asal Muar ek. Kat sana memang banyak orang jual duku ngn kupang ek? Sebab setiap kali akak balik raya, mesti ramai orang jual dua benda ni,”. Komen k.Jun, pengusaha kedai fotostat kat USMKKj ni. memagla sejak 3-4tahun lepas, raya jatuh kat area2 musim buah. Standard deviation duku/dukong banyak time musim tu. Kebetulan jalan keluar highway dari Muar tu kebanyakannya dusun buah/kampong yg banyk dusun, so cam nmpk benda tu banyak la.
“sekupang, dua kupang, tiga kupang..”. Ni bukan kupang yang dimaksudkan kat sini. Mmm..selain area Johor, selalunya aku nampak kupang ni banyak dijual kat area Melaka. Maybe coz kawasan tepi pantai. Kupang ni hidup area air masin. Dan kat muar ni de satu tempat ternak kupang, tapi aku tak pernah lagi buat lawatan sambil belajar ke sana. De orang tak makan kupang ni, tapi tak kisahlah. Lain org lain citarasa. Tapi aku memang suka kupang segar. Hehe..rasanya setiap kali balik kampong, tak sah kalu tak beli kupang, walau setinggi manapun harga dia. Takdelah mahal sangat. Tapi kali terakhir aku beli aritu, harga dia RM3.50/kilo. Banyak mana? Aku makan sorang habis kot. Ish3, buruk lantak sungguh. Adik aku kata aku ni gila kupang. Huhuhu…xpa2. Tapi benda ni tak elok dimakan banyak2. Sesungguhnya, seelok manapun setiap makanan tu, kalau dimakan secara berlebihan, memang tak elok pun. Mmm…kupang sedap dimakan jika dibakar atau masak sup/air. Tapi kalau nak masak sambal pun sedap gak. Ok, tutup kes kupang.
Kerepek Tempe
Kerepek tempe bersira Ok, berpindah ke snek plak. Dah nak abis ni. De satu kawasan di Johor, memang terkenal dengan kepelbagaian kerepek dia. Dari kerepek yg biasa kita dengar, sampailah ke kerepek yang jarang2 kita dengar or tak pernah dengar. Nama tempat tu Ayer Hitam, Johor (To Johoreans, kalau salah mintak betulkan). Salah satu kerepek yg aku slalu jumpa kat area Johor and Melaka tp tak jumpa kat tempat lain ialah kerepek tempe (Pada peminat2 Mas Azzam KCB, bleh try carik kot krepek tempe ni. Huhu..). Perisa asli dan bersira. Lagi satu kerepek kegemaran mak aku. Hehehe..sebab tu aku suka nk cerita kat sini. Pertama kali aku makan benda ni time sekolah rendah, de pakcik kawan ayah akubawak. Om Mokhtar kami panggil dia. Skang ntah ilang ke mana. Orang yg penuh misteri aku kira. Ok, abaikan. Tapi kat area Muar susah nk nampak benda ni. Slalunya bila travel p JB or kawasan2 yg sewaktu dengannya, baru dapat beli. Huhuhu..
Kerepek tempe perisa asli
Kesimpulan kat sini, betapa banyaknya nikmat Allah yang Allah berikan kepada hamba2-NYA. ni baru cita beberapa jenis makanan ja. Ni baru satu tempat kecik. Kalau dikira satu dunia ni, tak tau la. Rasanya jenis makanan tu leh sama banyaknya dengan bilangan manusia kat bumi ni. whateverpun, pilihlah makanan2 yang baik kerna Allah telah mengingatkan di dalam firman-Nya, surah Al-Baqarah, ayat 168 dan 172.
"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan, kerana syaitan itu adalah mush yang nyata bagi kamu"(168)
"Hai orang-orang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar hanya kepada-Nya kamu menyembah" (172)
Baik di sni bukan sahaja baik dari segi zatnya, malah yang lebih utama dari segi halal-haramnya. Jauhi makanan2 yang syubhah, Ketahuilah bahawa tujuan seorang Muslim itu makan bukan untuk hidup, bukan untuk kenyang, tapi cukuplah sekadar untuk memberi tenaga untuk dia beribadah kepadanya. Perluaskan skop ibadah itu. Tapi yang pasti, jangan berlebih-lebihan dalam soal makan. Sesungguhnya kebanyakan perkara yang berlebih-lebihan itu lebih banyak mendatangkan mudarat berbanding kebaikan.
Sekian, salamu'alaikum..
p/s: Foto2 suma aku amik dari pakcik google. Mekasih la yer pada pemilik2 gambar yg bertuah =)