RSS

Monday, February 23, 2009

Usah Bersedih...


Kita tidak meminta amanah dan tanggungjawab ini
Tetapi selagi mana kita bergelar manusia
Kita tidak dapat lari dari taklifan Allah ini
Sebagaimana firman Allah yang berbunyi:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya"

Amanah ini mesti dilaksanakan
Kerana ia akan dipersoal di hadapanNya kelak
Laksanakanlah sebaik mungkin
Kerana Allah tidak bertanya
Adakah kita telah berjaya melaksanakannya
Tetapi apa yang ditanya ialah
Setakat mana kita telah berusaha untuk
merealisasikannya


*http://jawharahmukhtariah.blogspot.com/



Tuesday, February 17, 2009

Muhasabah: Clearkan Kefahaman, Murnikan 'Amalan


Assalamu’alaikum wbt


Lebih 2 minggu menyepikan diri dari dunia bloggers, hari ini aku kembali, dalam kesempatan yg ada. Menyepikan diri bukan bermaksud membiarkan segala-galanya terbiar, hanya proses mengatur kembali kehidupan dan pemikiran menyebabkan beberapa perkara tergendala.


Tak mahu berbicara panjang, hanya satu petikan ucapan tokoh terkenal, Al-Syeikh Maulana Abul Hasan Ali al-Nadwi dalam risalahnya Uridu an atahaddatha ila al-Ikhwan, dalam meredakan dan meluruskan kembali apa yang tersimpul bahana politik di negeri Perak, jiran kampus aku ni. Juga muhasabah buat sahabat2 yang mengaku dirinya merupakan mata-mata rantai perjuangan Al-Ikhwan al-Muslimin, perjuangan menuju mardhatillah, insyaAllah.


"Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur."


"Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. Ia terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. Ia terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya."


"Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan."


"Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperolehi itu salah satu dari matlamat mereka. Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua dari tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semulajadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya.."


"Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jamaah yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan berkerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka."


Dan sedutan berita dari HarakahDaily.Net pagi ini, benar2 menarik perhatianku;


“…Sayang, dengan pengalaman hanya selama 11 bulan menerajui kerajaan negeri Perak, Nizar diuji Allah dengan bebanan yang cukup berat, yang mungkin tidak tertanggung oleh individu lain dalam PAS. Namun, apabila mendengar ucapannya, Nizar masih tetap bersemangat waja, bijak menyusun ayat, mencari istilah dan membangkitkan aura…..”

“…Dari wajahnya terpapar satu semangat luar biasa. Saya juga yakin hubungannya dengan Allah makin dekat dan dekat. Dari jauh saya hanya mampu berdoa agar Nizar dapat menangani tribulasi berat yang bukan sahaja menimpa dirinya tetapi juga jamaah PAS itu sendiri…”


Tidak bermaksud membuat sebarang kesimpulan, just ingin mengajak pembaca yang budiman menggunakan ‘aqal kalian yang bijaksana itu untuk menilai kedua-dua petikan di atas, dengan berpandukan iman di dada. Pada yang baru berjinak-jinak dengan dunia perjuangan Islam, clearkan kefahaman, murnikan ‘amalan. ‘Amalan yang dilakukan atas dasar taqlid buta dan atas dasar semangat sahaja akan menyebabkan pelbagai masalah timbul.


Apa2pun, tahniah kepada Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Bukan menyokong atas dasar kepartian, tapi menyokong atas dasar matlamat perjuangan yang dibawanya. Jika tersasar dirinya dari matlamat perjuangan itu, maka akan sirnalah jua sokonganku buat dirinya.


"Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali (agama) Allah, dan janganlah bercerai-berai. dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu, ketika kamu bermusuh-musuhan. Lalu Allah menyatukan di antara hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu daripadanya. demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat-NYA, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah Allah."

(Ali-Imran: 103)



*Ketika aku balik kampung, dan membeli 2 keping akhbar tempatan, Berita Harian dan Harakah, aku diajukan soalan berikut:

“Ko ni orang belah mana? Kenapa beli dua2 suratkhabar?”. Jawapanku mudah, “Sebagai seorang pelajar university yang dididik supaya mencari maklumat yang tepat dan tidak menerima sahaja dari sebelah pihak, salahkah aku nak beli dua2?”. Hua3…


Wassalam

Sunday, February 1, 2009

Sembang-sembang Cuti Mid-Sem Plak...

Assalaamu’alaikum.

1 February. Esok akan bermula kembali sesi pembelajaran sesi ke-2 sem 2 bagi sesi 2008/09. Sesi kali ni akan dimulakan dengan test analog 2 yang akan berlangsung pada 3hb, dan sesungguhnya minggu ni insyaAllah akan menjadi minggu yang sibuk kerna hujung minggu ni akan berlangsungnya E-Scosa 08/09. Antara lega dan tidak. Lega kerna ia akan berakhir tak lama lagi. Tidak kerna minggu ni akan sibuk sungguh2. Mmm…takpa2. Semoga dipermudahkan segala urusan oleh-NYA. Sesungguhnya di situlah nikmat kehidupan yang sebenar. Mana mungkin mengatakan diri telah beriman jika melatah tatkala ujian melanda? Kembali kepada-NYA….

Cuti pertengahan semester yang lepas, dipenuhi dengan aktiviti ronda2 kat kawasan kampong. Pulang pada 25hb dengan perkhidmatan bas malam (yang harga tiketnya RM70 utk satu perjalanan je. Huhuhu…), aku memulakan perjalanan pada 1030mlm. Sepatutnya bleh balik lebih awal (21 or 22hb), but kita hanya mampu merancang, Allah mengetahui apa yang lebih baik utk kita. SubhanAllah, indahnya susunan perjalanan yang telah disusun-NYA. Rupa2nya banyak perkara yang perlu aku settlekan sebelum pulang ke kampong.

“Kami datangkan setiap sesuatu itu ada sebabnya.”
(Al-Kahfi: 84)

Alhamdulillah, beberapa perkara telah selesai sebelum aku pulang. Pada bos, mintak maap banyak2 coz banyak menyusahkan sepanjang keberadaanku di kampong. Hua3…diriku terpaksa pulang kerna telah berjanji utk pulang tatkala menyedapkan hati org di rumah akibat kegagalanku stay lebih lama di rumah time cuti sem aritu. Huhu…ok, tutup kes.

Tiba di Muar, jam 5pg, terus menuju ke rumah kak Long dan membuat persediaan utk pergi berkelah pagi tu. Sementara menanti masuknya waktu subuh, duk menyibuk tolong along aku kat dapur walaupun time tu mata cam tak leh nak bukak dah (Sepanjang malam berjaga kat dalam bas coz driver bas bawak bas lebih laju dari biasa. Huhu…). Dan dalam area kul 8pg, barulah bertolak pulang ke umah mak ayah. Sampai kat sana, duk borak2 jap, kul 840, bertolak pulak ke tempat perkelahan kami utk cuti ni. Destinasi, air terjun Gunung Ledang. Tak jauh pun, lebih kurang 20minit dah sampai. Along sefamily, Angah sefamily, mak ayah wa adik2 ak, penuh la gak 2 kete, tak ramai pun kami. Setibanya di sana, orang tak ramai lagi. Bila dah nampak air, mata yang ngantuk pun jadik segar. Hua3…Namun, selepas lebih kurang satu jam kemudian, jumlah pengunjung bertambah ramai. Kami dah tak berminat nak main air dah. Duk makan2, borak2 atas batu dan aktiviti terakhir, berjalan2 melihat alam, melihat keindahan ciptaan-Nya yang semakin hilang diratah tangan2 kejam manusia.

“Bukankah Kami telah telah menjadikan bumi sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pasak? Dan Kami menciptakan kamu berpasang-pasangan. Dan Kami menjadikan tidurmu sebagai istirehat. Dan Kami menjadikan siang untuk mencari penghidupan. Dan Kami mendirikan ke atas kamu 7 langit yang kukuh. Dan Kami menjadikan pelita yang terang-benderang (matahari). Dan Kami turunkan dari awan air hujan yang tercurah dengan hebatnya, untuk Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tanam-tanaman, dan kebun-kebun yang rending. Sungguh, hari keputusan adalah satu hari yang telah ditetapkan.”
(An-Naba’: 6-17)


Pendakian bermula bersama adik2 aku.

Cabaran2 yang terpaksa dilalui. Hua3...

Adik2 aku yang kepenatan. Aku? Steady ja berjalan sambil ambik2 gambar. Ha3...

Akhirnya, di hujung pendakian, kami jumpa benda ni. Tinggi air terjun nii.. Stop kat sini ja, coz Along dh call, nak balik katanya.


Lebih kurang jam 12tgh, kami bertolak pulang. Terkejut manusia kami sebentar tatkala melihat jumlah manusia yang terlalu ramai di kawasan peranginan tersebut. Rasanya, setiap inci kawasan air terjun tersebut dipenuhi pengunjung. Dan ketika berjalan keluar, aku dapati parking semua dah penuh, tak kira parking kereta atau motosikal. Bas takde la plak. Ramai jugak yang memarkirkan kereta mereka di gigi2 jalan masuk ke pusat peranginan tersebut. Sudah pasti, mereka perlu berjalan jauh. Bagi sesiapa yang pernah pegi air terjun ni, mesti dah tau betapa jauhnya jalan untuk masuk ke kawasan air terjun tersebut. Tidak cukup dengan itu, pelbagai jenis kereta yang murah atau mahal beratur menunggu giliran untuk masuk di pintu masuk. Aku rasa, hampir 2 kilometer kereta ni beratur. Huhu..haritu cuti umum, mmg la ramai pengunjung. Beberapa orang petugas di situ terpaksa ‘menghalau’ pengunjung2 ini kerna kapasitinya yang terlalu ramai. De beberapa family yang mengambil keputusan untuk berkelah di ladang2 kelapa sawit sekitar kawasan peranginan yang tidak kurang indahnya lantaran dah tak larat beratur. Huhu...1st time rasanya aku lihat fenomena camni coz selama ni aku pergi time hari bekerja, so memang tak ramai orang. Fenomena yang menunjukkan betapa walau secanggih manapun ciptaan manusia, manusia sentiasa berpusu-pusu untuk menikmati ciptaan-NYA yang tiada tandingan. Allahu Akbar!!

“…tiada sesuatupun yang sebanding dengan (zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran-Nya)…
(Asy-Syuuraa:11)



Keesokannya, pergi ke Bandar Tangkak atas beberapa urusan. Habis hari selasa, hari Rabu menghabiskan setengah hari di Hospital Muar. Bukan aku masuk hospital, just hantar orang ja. Dan hari khamis duduk diam2 di rumah, menghitung masa, mempersiapkan diri untuk pulang ke kampus. Dan pagi jumaat, seawal jam 7.20pg, aku bertolak pulang ke kampus. Perjalanan pulang kali ni lebih memenatkan berbanding sebelum2 ni. Perjalanan selama 13jam (sebab aku transit di KL dulu) benar2 menguji kekuatan fizikal dan mental. Hehe..sebelum2 ni pernah je amik masa sampai 16jam tapi kali ni rasa cam penat sungguh2. Sampai di kampus lbh kurang jam 830mlm. Dan pada malam tu terpaksa melakukan sesuatu yang aku tak pernah buat sebelum ni utk membolehkan aku tidur awal. Lebih awal dari biasa.

Hari sabtu, aku pegi plak ke Pulau Jerejak. Bukan membawa diri, apalagi melarikan diri, tetapi kerna ada jamuan/reunion E-Scosa 07 di sana. Alhamdulillah, berjumpa semula dengan akak2 wa abang2 senior yang sama2 menjayakan e-scosa yang dulu. Bertolak jam 12tgh, dan menghabiskan seharian di sana, walaupun penat bahana perjalanan hari sebelum tu tak hilang lagi. Adush…. Balik dari sana, sakit2 satu badan. Kesian plak kat badan ni. huhuhu…takpa, insyaAllah, sekejap ja ni.

“Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum, dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku”
(Asy-Syu’araa’: 79-80)


Di jeti sebelum bertolak pergi ke Pulau Jerejak

Di Jeti kat Pulau Jerejak plak.

Salah Satu view yang aku paling suka kat pulau tu. View ja cantik, air dia tak sesuai utk aktiviti mandi2 ni.

Sebahagian drpd Committee E-Scosa 07: USM Motorola Design Competition
(Kredit to Naim utk gambar2 ni suma)


Dan hari ni, membuka beberapa buku yang telah ditinggalkan hampir seminggu. Hehe..penat meyelak buka, selak2 blog plak. Pop!! Kuar post ni. Ok, tamat sembang2 cuti kali ni.

Wassalam…