Hari Rabu, membaca akhbar2 tempatan yang pelbagai ni, dan mata terhenti pada satu tajuk ;
Sejarah. Mmm..menarik. berfikir dan terlintas di fikiran, satu fenomena yang biasa terjadi apabila Pak Lah mengutarakan cadangan, yang mana tentu cadangan tersebut akan cuba dijadikan satu reality.
'Ujian Sejarah dalam UPSR 2013'
Aku tersenyum dan berfikir. Mengampu atau wala’ pada pimpinan?? Tetapi ini bukan kata putus, hanya CADANGAN Pak Lah. Hehe..benarkah kuasa mempengaruhi apa2 sahaja keputusan yang akan dibuat??? Dan akan adakah mereka2 yang berani bersuara untuk mempertikaikan keputusan ini???
Dan sekali lagi, pada pagi ini, di kala menikmati sarapan sambil meneliti tajuk2 akhbar, aku tersenyum buat ke sekian kalinya.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Kesatuan yang lebih memahami akan reality kehidupan pendidik dan orang2 yang mereka didik. Orang kata, kalau nak buat sesuatu perkara, kena tanya pada orang yang pakar, kena tanya orang yg ‘mengalami’ sendiri sesuatu perkara, bukan hanya teori/kemahuan diri sendiri sahaja. Benarkah?? Hehe..
Ketika aku sekolah rendah, aku suka sangat baca buku2 sejarah sekolah menengah. Mintak maap la ye Along, Angah, Ude. Buku2 sejarah kalian aku selalu letak ntah mana2 ntah. Huhu..dan yang pasti, setiap kali cuti sekolah, kalau tak sekejap, mesti lama aku bace buku depa ni. Kenapa?? Bagi aku, benda tu macam buku cerita (aku memang amat suka membaca buku cerita. Tapi tu dululaa..), buku cerita yang mengandungi pelbagai maklumat yang baru, yang membuatkan aku ‘lebih’ dari kawan2 aku yang lain. Kalau tak silap, semua buku sejarah dari form1-form6, aku abis bace time aku sekolah rendah. Riak?? Tidak…teruskan pembacaan anda..
Tapi bila naik sekolah menengah, sejarah jadi subjek yang paling memboringkan. Mata terlelap sebaik sahaja cikgu masuk kelas. Bila bukak mata, cikgu dh takde. Oh, dh habis klas rupanya. Huhuhu…Exam?? Korang lebih arif dengan system pendidikan Negara ni. Abaikan kes tu.
Sebab apa boring?? Walaupun waktu aku naik sekolah menengah, sume buku sejarah dh tukar kepada buku teks yang baru, lebih menarik dan berwarna-warni, kecuali time form3, yg mana buku kami ibarat ‘keropok’ apabila anda mengoyakkannya. Krap-krup, krap-krup. Huhuhu…. Haa..cara utk hilangkan mengantuk time sejarah = mengoyakkan sedikit demi sedikit buku tersebut. Huhuhu…abaikan. Berbalik pada persoalan asal. Kenapa boring?? Antara sebab2 yang aku dapat detect:
1. Kebanyakan isi2 yang nk disampaikan aku dh tau, aku dh baca sepanjang sekolah rendah, takde pembaharuan atau penambahan, kecuali buku dia je yg baru. Banyak pengurangan fakta dibuat, menjadikan sebahagian ‘cerita’ tidak lengkap/kurang menarik.
2. Cara penyampaian yang kurang menarik (maybe menarik bagi budak2 sekolah rendah, tapi tidak sekolah menengah). Tak capai level?? Maybe... Lebih kepada hafalan/ingat fakta, berbanding ‘berfikir’. Kemampuan otak tidak digunakan sepenuhnya.
3. Dan apabila aku besar sikit (menengah atas), beberapa fakta dalam buku sejarah men’confius’kan aku. Betul ke fakta ni?? Kenapa macam ni, bukan macam tu?? Kenapa perkara ni yang jadi sebab, bukan perkara tu?? Kenapa orang ni, bukan orang tu?? Oleh sebab time tu aku nak amik SPM, aku hafal jelah pe yg de kat buku tu. Huhu..aku sudah menjadi robot hafalan. Walaupun pada hakikatnya, time jawab paper SPM, aku lebih banyak ‘menggoreng’ daripada menjawab yang sepatutnya. Alhamdulillah, rezeki-NYA amat luas.
4. Dan dewasa ini, baru kusedar, factor lain adalah kerna banyak fakta yang disembunyikan dari pengetahuan masyarakat umumnya. Siapa? Mengapa? Bagaimana?? Jika korang rajin membaca sejarah Negara, korang akan menemui jawapannya. Banyak sungguh fakta2 penting yang disembunyikan oleh sesetengah pihak. Atas sebab apa?? Wallahua’lam..
Ok, berbalik kepada saranan tadi. Benarkah belajar sejarah ini akan menyedarkan generasi muda akan kepentingan sejarah bangsa mereka, peri pentingnya kesan sejarah kepada pembangunan Negara??,
"Sejarah bangsa dan negara kita amat bernilai untuk difahami... kata orang, kita perlu belajar daripada sejarah, jika tidak kita mungkin mengulangi kesilapan lampau. Sejarah adalah elemen penting dalam peradaban bangsa. Generasi muda perlu mendalami pengetahuan mengenai sejarah bangsa dan pembangunan negara,"
(Pak Lah)
Akan tercapaikah objektif tersebut?? Tidak salah, memang tidak salah. Tidak salah untuk membuat pembaharuan. Namun, mari kita fikirkan sebentar. Tidak cukupkah adik2 kat sekolah rendah tu nk dibebankan dengan bermacam2 matapelajran? Dengan pelbagai system yg silih berganti.. Tak cukupkah cikgu2 kat sekolah rendah tu dibebani dengan pelbagai tugas? Tak cukupkah kesengsaraan ibu-bapa yang terpaksa menanggung tuisyen anak2 hanya kerana nak anak2 depa dapat pendidikan yang terbaik? Keputusan UPSR yang terbaik? Ini baru UPSR. Yg lain2??
Peringkat sekolah rendah merupakan peringkat di mana pelajar2 mula untuk mencambahkan kekreatifan mereka. Tidak adil rasanya jika kita merampas hak tersebut. Secara kasar, sejarah telah diajar di dalam subjek Kajian Tempatan, sesuai dengan keupayaan pelajar sekolah rendah itu sendiri. Tidak terlalu berat, lebih kepada pengenalan. Jangan biarkan system pendidikan membantutkan keupayaan mereka untuk mengembangkan potensi diri masing2, menghalang kekreatifan mereka. Belajarlah dari negara2 yang maju dari segi pendidikannya. Negara-negara barat mengamalkan system pendidikan yang lebih bersifat ‘mesra’ kepada pendidik dan juga orang yg dididik (Klik sini). Abaikan gejala2 sosial yang mereka ‘amalkan. Ambil yang baik, tinggalkan yang buruk. Islam tidak pernah menghalang kita mengambil manfaat/mencontohi apa2 yang di’amalkan oleh orang bukan Islam selagi mana ia tidak melanggar hukum syara’. Ini tidak. Ghairah mencontohi perkara2 yang tak sepatutnya, meninggalkan jauh2 perkara yang baik. Ish3..pe nak jadik ni?? Jangan hanya memikirkan akan pembaharuan yang ingin dibuat tanpa memikirkan kesannya kepada pihak2 yang berkaitan. Dan yang pasti, jangan hanya memuaskan hati pemimpin, sehingga berjuta-juta rakyat menjadi mangsa. Berbaloikah???
So, wajar atau tidak wajar sejarah menjadi subjek teras di sekolah rendah??
*Saje bagi banyak persoalan tak berjawab kat sini, supaya kita berfikir, tidak mengkufuri nikmat-NYA, dengan menggunakan sepenuhnya otak/’aqal yang telah dikurniakan.
2 comments:
SEJARAH...subjek yang paling sy minat ni...mesopotamia, perang dunia, babylon, rasputin, karl max...TAPI sejarah tentang MALAYSIA sy TAK minat...hehe..sebabnye sama ngn yg penulis tulis...smua yg dlm list tu sy jg rasa yg sama...btul3... SEJARAH tuk skolah rendah? a nightmare for everyone...
Bukan saja sejarah Malaysia, sejarah dunia juga banyak diseleweng. Sbb?? Kepentingan sesuatu kaum/bangsa. Mungkin...
Hasil dari buku2 sejarah KPM, satu ktk dulu, aku amat menyanjungi Gamal Abdul Nasser, kerna kejayaannya dalam membebaskn pengaruh barat di Mesir kononnya.
Aku juga kagum dengan kejayaan Mustafa Kamal At-Tartuk dalam membawa pembaharuan kepada Turki, kononnya.
Tidak lupa juga kepada Machiavelli dan Marsillo yg memperkenalkan ideologi sekular, yg membawa Eropah keluar dari zaman kegelapan, kononnya.
Mereka digambarkan sebagai "HERO" di dalam buku2 tersebut.
Namun setelah kusingkap satu persatu, hero bagaimanakah mereka ini?? Mmm..apabila setiap peristiwa hanya dilihat dari kacamata yang salah...............
Sejarah mungkin berulang..(Newboys)
Post a Comment