RSS

Saturday, October 4, 2008

Alangkah Bagusnya Jika....

Hari Raya ke-3, aku dh berada di kampus. Balik awal?? Terpaksa barangkali, kerna tiket bas dh abis. Tak leh balik lewat dari 5hb coz hari Isnin de presentation. Takpelah, 2 hari beraya di rumah, cukuplah bagi seorang yang mengisytiharkan dirinya sebagai seorang pelajar. Wohaa..




Malam. Makan sendirian di bilik sambil menonton anime Naruto. Anime yg pernah menjadi kegilaan aku time sekolah dulu. Skg dh kurang sikit. Rasanya sejak mula sem7 ni, baru tengok kali ni. “Weh, ko ni. Cam budak2 je,” Mmmm..Dh lali dengan ayat tu. Walaupun maybe ada benarnya. Dan Along pernah ckp, aku yg mempengaruhi adik2 aku utk tgok cite kartun ni. Ye ke? Hehe..maybe betul gk. Naruto, Death Note, Shaman King, Cardcaptor Sakura, Yakitate Japan, Kamen Rider dll (ntah pe lagi ntah, dh tak ingat). Aku yg perkenalkn kat depa. Mmm..pengaruh akak tak sebaya. Tp depa jarang terpengaruh. Huhu..abaikan bab ni. Pe yg aku nk cite, pengajaran yg aku dapat dari cite Naruto yg aku tgok td.


Mmm..kalu kita amati betul2, banyak konsep2 jemaah yang diterapkan dlm cite Naruto ni. Konsep sir wa hazar, pengorbanan, ukhuwwah, wala’ pada arahan pimpinan (Hokage), sabar, pantas menyusun strategi, tidak mudah putus asa, memahami musuh dan sahabat, kerjasama atr skuad dan bijak membuat keputusan dlm keadaan2 yg memerlukan. Sape kate tgok anime ni x de faedah?? Tak berfaedah kalu just tgok utk suka2 je. Bak kata org, kena tgok dengan mata hati, bukan dengan mata real je. “Org yg plg bijak ialah org yg belajar dr kesalahan org lain”. So, amik yg baik, dan yg buruk, eksploitasi supaya jd baik supaya boleh aplikasikan pada kehidupan harian.


Haa..pe yg aku tertarik sangat dlm episode tadi (tgok 1 episode je, xleh bnyk2, nnt ketagih) ialah konsep wala’ pada pimpinan. Macammana depa begitu mematuhi arahan Tsunade Sama (Hokage) walaupun kadangkala keputusan yg dibuatnya mendatangkan ketidakpuasan hati pada rakyatnya. Sbg contoh, Naruto diberi satu mission walaupun dia kini menjadi sasaran Akatsuki. Banyak skuad ditugaskan utk tugas luar walaupun time tu berkemungkinan kampong depa jadi sasaran musuh. Huh..bnyk ketidakpuashatian berlaku. Walau bagaimanapun, penetapan kes2 yg perlu dihandle setiap skuad, penetapan ahli stp skuad, suma ditetapkan selepas research dibuat dgn teliti. Pandangan dari pelbagai pihak diperolehi. Jadi kewajipan kpd Tsunade tu utk tahu kekuatan, kelemahan stp ahli, tahap kesukaran kes yg diterima, kekuatan clan time tu, ke’urgent’nan kes tu, barulah dia putuskan keputusan. Begitu penting peranan seorang ketua sblm membuat keputusan. Kena consider bnyk benda.

Walau bagaimanapun, harus diingati, ketua juga seorang manusia, akan melakukan kesalahan. Peranan orang di sekitar untuk menegur dan memberi maklumat kepada ketua. Keterbukaan Tsunade dlm menerima pandangan org2 sekitarnya, terutama org yg lebih tua (tak ingat plk nama 2org tua yg slalu tegur dia tu), walaupun dia tak menyukai org tersebut, tp dia tetap mempertimbangkan pandangan orang lain.

"Pendapatku benar tapi mungkin saja salah, dan pendapat selainku adalah salah tapi mungkin saja benar.."
(Imam Asy-syafi'e)


Namun, tidak semuanya perlu menunggu keputusan si Tsunade ni. Bayangkanlah kalu satu skuad ni de kat Negara pasir, yg jauh giler ngn Negara Daun ni. Tiba2 depa hadapi masalah. Takkanlah nk kena btau si Tsunade ni, pe yg perlu depa wat, dalam jangkamasa yg terhad. Tak pasal2, dlm menunggu jawapan balas, dh jadik mayat dh depa ni. Dlm setiap skuad, seorang ketua dh ditetapkan. Dia yg bertanggungjawab mencorak skuadnya. Dia perlu memahami kekuatan, kelemahan, kelebihan dan perlu bijak menyusun strategi dlm menyelesaikan mission yg diamanahkan. Perlu bijak menghandle stp ahli skuad (cth: bagaimana Kakashi menghandle Naruto, Sakura dan ahli2 skuadnya yg silih berganti). Keputusan dlm setiap mission, dia yg buat sbb dia telah diamanahkan utk menyelesaikan misi dengan apa jua cara. Hanya keputusan2 yg besar, yg bisa memberi efek kepada penduduk kampong dia, baru dia suh si Tsunade tu yg buat. Setiap apa yg skuad2 ni buat, akan dilaporkan pada Tsunade as big boss.


Alangkah bagusnya kalau kita jadikan imaginasi pereka kartun ni sebagai satu reality di dalam hidup kita yg sementara ni??


*Mmm..pernah satu masa dulu anime ni menjadi salah satu cerita motivasi bg diri aku ni time rasa down sangat2, rasa x larat nk buat keja, x larat nk study dh. Kesabaran, kesungguhan, setiakawan, yakin pada kemampuan diri, dan banyak lagi moral value dia. Walaupun anime ni hanya rekaan, tp amat memberi kesan dalam menaikkan semangat diri. tapi jangan tengok banyak2la. Bila dh ‘ketagih’, susah plak nanti. Jangan salahkan aku. Huhu.. ni hanya option. Actually banyak lagi cara lain nk naikkan semangat. Lain orang, lain cara. Hehe…


“Kenapa kita ditakdirkan utk jatuh?? Supaya kita boleh bangun semula”
(Pesan ayah Batman bila Batman jatuh dlm telaga time kecik2 dulu.)
Cerita Batman tu mitos, tp nasihat ayah dia tu bukan mitos.



5 comments:

Mujahid Cakna said...

salam..coretan menarik.blh d4wardkan x link ni?

Sifrulmind said...

Salam. insyaAllah, bleh2.

Anonymous said...

bagus2.sapa kata bos x kreatif dlm bab penulisan ni.:)
ni la bakal blogger berjaya di masa dpn, bisa menggegar dunia.

Sifrulmind said...

Adoilaa big boss, usah dikhabarkn sedemikian rupa. Budak baru belajar bertatih, jgn disogok dgn cerita seronoknya berlari. Ya, bisa menjadi motivasi, namun jatuhnya perlu banyak sekali.Dibimbangi jatuhnya tidak bangun.Huhu..
(Saje merepek ntah pape lg ni)

Anonymous said...

salam..menarik tulisan ni.buatkan ana tergelak sendiri bkn sbb ada unsur lawak dlmnya tetapi unexpected dgn penulisnya yg ana xberapa kenal sblum ni,minat byk anime..dan tlh diolah kpd sesuatu yg bermanfaat..tahniah..