skip to main |
skip to sidebar
Di
kisahkan bahawa Mu'az bin Jabal ketika diberi tanggungjawab diutuskan
oleh Rasulullah ke negeri Yaman menjadi qadhi di sana, beliau menangis
lalu ditanya oleh Rasulullah:
"Apakah yang membuatmu menangis wahai Mu'az?".
Mu'az menjawab, "Aku menangis kerana berpisah denganmu, wahai Rasulullah."
Rasulullah berkata kepadanya:
"Janganlah bersedih wahai Mu'az, kerana sesungguhya kesedihan itu bahagian dari tipu helahnya syaitan.
Wahai Mu'az, bertakwalah kamu kepada Allah di manapun kamu berada.
Lakukanlah kebaikan selepas kamu melakukan suatu keburukan maka
kebaikan tersebut akan menghapus dosa keburukan yang telah kamu lakukan
dan pergaulilah orang lain dengan akhlak yang baik.
Wahai Mu'az, ingatlah selalu kepada Allah setiap kali engkau berada di bebatuan, pepohonan ataupun di dalam keramaian bandar."
[Riwayat Tirmidzi dan Ahmad, lihat juga Jami' al-Ahadith wa al-Murasil dan al-Targhrib wa al-Tarhib]
Sumber: Nasihat Untuk Orang Yang Terlanjur Melakukan Dosa oleh Dr. Aidh bin Abdullah al-Qarni terbitan
Jahabersa, 2007.
0 comments:
Post a Comment