RSS

Sunday, March 20, 2011

“It wasn’t a gamble.."

“It wasn’t a gamble. Besides I just watched my friends work and had faith in them, that’s all. Even without words, I knew these guys would understand.” (Shikamaru-Naruto Shippuden: 195)

Aku tertarik dengan kata2 di atas. Kata2 Shikamaru di dalam cerita Naruto. Di dalam 1 misi, dia ditugaskan sebagai ketua. Walau bagaimanapu, akibat jutsu yg digunakan oleh pihak lawan, dia tidak dapat bersuara utk memberi arahan kepada ahli kumpulannya. Dia hanya memandang kepada sahabat2nya, dan memberi sepenuh kepercayaan kepada ahli kumpulannya utk bertindak. Atas ikatan ‘ukhuwwah’ yg tinggi, ahli kumpulannya berjaya metafsirkan apa yg bersarang di dalam kepala Shikamaru, dan seterusnya menyusun strategi utk menewaskan musuh. Hasilnya, mereka berjaya menewaskan musuh. Jalan cerita yang ringkas, namun penuh makna. Peranan ukhwwah

Rukun usrah diapply dgn jayanya. Betul2 kenal akan kawan2 dia, betul2 faham perangai dan cara pemikiran serta tindak-tanduk mereka, dan sentiasa bersedia utk menolong kawan2. So, persoalannya, adakah kita kenal, memahami dan sedia utk menolong kawan2 kita yg dalam kesusahan, walaupun dia tidak mengucapkannya? Sesungguhnya aku sendiri masih tidak mampu utk merealisasikannya. Tak payah pegi jauh2. Serendah-rendah ukhwah adalah bersangka baik dengan sahabat. Cuba muhasabah balik, kita ni slalu sangka baik dengan sahabat kita tak? Dia lambat sikit ja, terus la fikir kwan tu sengaja lewat. Padahal kawan tu tiba2 ada hal tersakit perut nk p toilet ka. Dia x angkat call/balas sms ja, terus fikir dia sengaja xmau layan kita. Padahal dia xda kredit. Dia x tegur kita seharian ja, terus ingat dia meluat dh tengok muka kita, padahal dia sakit mulut hari tu. Dia buat baik dengan org lain, kita terus fikir dia saja nk carik nama. Hadoilaa.. tiba2 teringat 1 modul utk kita bersangka baik dengan orang time aku kat kisas dulu. Diberi beberapa situasi, dan kita diminta utk bgtau apa yg sedang kita fikirkan sebaik sahaja berhadapan dengan situasi tersebut. Mmg ar jawapan yg diberi time tu semuanya muluk2 belaka, sbb tau benda tu modul. Tapi kalau buat rancangan reality show, betul2 facing the situation, barulah terpancar true colour masing2. Huhu..

So, mari kita hisab diri kita, di mana tahap ukhwah yg kita slalu ucapkan tu. Jgn kita tertipu dgn helah syaitan dan nafsu yg menyatakan ukhwah kita telah kuat, sedangkan baru ditiup angin ujian yg sepoi2 bahasa, dah koyak-rabak sana-sini. Hubungan yg baik terhasil dengan adanya sahabat yg baik. Perlu diingat, sahabat adalah cermin kepada diri kita. Untuk mendapat seorang sahabat yang baik, kita perlu lebih dahulu menjadi seorang sahabat yang baik. Semuanya bermula dengan diri kita. Allahua’lam

Sayangilah sahabat anda. =)

0 comments: