Saturday, June 2, 2012
Mohonlah Maaf dan Senyumlah...
Tuesday, May 29, 2012
Bersedialah untuk Berpisah..
Thursday, May 24, 2012
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari Ilahi
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang Esa
Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali
Namun tak sanggup ke nerakaMU
Ku tunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu
PadaMu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu
Segala laranganMu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilahi
Thursday, May 17, 2012
Tangis kita kerna apa??
Di
kisahkan bahawa Mu'az bin Jabal ketika diberi tanggungjawab diutuskan
oleh Rasulullah ke negeri Yaman menjadi qadhi di sana, beliau menangis
lalu ditanya oleh Rasulullah:
"Apakah yang membuatmu menangis wahai Mu'az?".
Mu'az menjawab, "Aku menangis kerana berpisah denganmu, wahai Rasulullah."
Rasulullah berkata kepadanya:
"Janganlah bersedih wahai Mu'az, kerana sesungguhya kesedihan itu bahagian dari tipu helahnya syaitan.
Wahai Mu'az, bertakwalah kamu kepada Allah di manapun kamu berada.
Lakukanlah kebaikan selepas kamu melakukan suatu keburukan maka
kebaikan tersebut akan menghapus dosa keburukan yang telah kamu lakukan
dan pergaulilah orang lain dengan akhlak yang baik.
Wahai Mu'az, ingatlah selalu kepada Allah setiap kali engkau berada di bebatuan, pepohonan ataupun di dalam keramaian bandar."
[Riwayat Tirmidzi dan Ahmad, lihat juga Jami' al-Ahadith wa al-Murasil dan al-Targhrib wa al-Tarhib]
Sumber: Nasihat Untuk Orang Yang Terlanjur Melakukan Dosa oleh Dr. Aidh bin Abdullah al-Qarni terbitan
Jahabersa, 2007.
Wednesday, April 4, 2012
Kerehatan atau Direhatkan Daripadanya
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Wednesday, March 21, 2012
Marilah Bersangka Baik..
"Kepada yg mempunyai sangka buruk pd kawan dan ahli keluarga. Ingatlah teori 'Apa yg kita fokus akan kembang.'
Titik hitam di papan putih akn nampak besar kerana kita terlalu fokus pdnya. Begitu juga dengan hubungan sesama manusia, jika terlalu fokus pd kelemahan drp kebaikan seseorang, kelemahan itu akan membesar sehingga menjadi satu masalah dan timbul perasaan benci semata-mata tertelan byk air liur beracun yg dihasilkan tanpa sedar, wahlal sebenarnya ia bukan masalah pun.
Belajarlah teknik memokus kpd putih di papan putih drp titik hitam yg menonjol. Sedarlah bisikan syaitan yg sentiasa bermain di minda utk asyik memandang ke titik yg hitam, walaupun putih itu jauh lebih meluas.
Setiap kita yg kecil ini ada kelemahan. Manusia ini pula ada sj yg boleh dirungut, sehingga org yg berjalan kaki dua tu ada yg rungut.
Fokuslah pd kebaikan, kawallah mulut dan minda - spy air liur racun tidak terhasil dan mengganggu emosi kita. Sekadar perkongsian utk semua." (Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man)
Sunday, March 4, 2012
Selalunya..
Menjalani hidup sebagai pelajar mode penyelidikan sepenuh masa, kadangkala mengundang lelah. Lelah membuat kerja, lelah memerah otak, lelah menanti, yang kadangkala hasilnya seperti sia2. Kerja berbulan-bulan, ditolak ke tepi kerna tiada data yang boleh digunakan. Terkilan. Penat. Kecewa. Bercampur-baur. Ada kalanya, terasa ingin mengangkat bendera putih, mengaku kalah dengan apa yang dihadapi. Apalagi bila melihat sahabat2 lain yang sama2 memulakan pengajian, telah selesai dengan projek masing2. Telah berjaya merangkul skrol. Telah berjaya memulakan kerjaya masing2. Ya, perasaan sedih itu sukar digambarkan. Ditambah pula dengan soalan, “Bila nak habis master?”. Benar kata seorang senior aku satu masa dahulu. Bagi sesetengah pelajar master penyelidikan, soalan sebegitu sebenarnya seperti satu hempukan beban yang berat bagi mereka. Satu tamparan yang menyakitkan. Amat menyakitkan. Kerna kadangkala persoalan itu sukar dijawab. Ya, sukar. Walaupun sering soalan itu disambut dengan senyuman dan kata2 ‘pasrah’, hakikatnya di dalam hati, hanya Allah yang mengerti.
Ada ketika bayang menerpa
Usaha bertukar jadi tersia
Ada ketika susah menjelma
Kekuatan hilang mengaku kalah
Ada ketika sakit terasa
Kegembiraan jadi nestapa
Ada ketika sunyi mendatang
Gentar dan takut keseorang
Ada ketika rasa bersalah
Berulang-ulang membuat dosa
Ada ketika mengadu rasa
Tiada siapa sudi mendengar
Aku juga seringkali hampir tertewas. Ya, lelah dari segi mental. Tika mental berada di tahap paling lemah, terasa tidak mampu utk bangun kembali. Ketika itu, ujian yang kecil sahaja, bisa meluruhkan sisa-sisa semangat yang ada di dalam diri. Gurauan sekeliling, seolah-olah menyindir diri, memamah maruah diri. Astaghfirullah..ingin diluah kepada yang bernama makhluk, terasa tidak patut membebankan mereka. Ya, seringkali tertewas di atas sejadah, tika mengadu kepada-NYA, tika cuba mengumpul kekuatan dari-NYA.
Selalunya detik itu barulah menyebut
Asma Allah yang di seru
Itu aku kita semua
Selalunya detik itu barulah terkenang
Sifatullah yang teragung
Itu aku kita semua
Benar ini hakikatnya
Malu pada-Mu oh Tuhan
Benar ini pengakuan
Ya Allah ampunilah
(Selalunya-Zaidan)
Namun, selalunya, kelam itu pantas beredar. Mereka2 yang berada di sekitar, sering menjadi motivasi, sering membekalkan semangat, walau tanpa disedari oleh mereka. Benar, semangat itu datangnya dari Allah, mereka menjadi pengantaranya. Walaupun dengan hanya satu senyuman, sesungguhnya ia mampu menyegarkan semangat yang kian layu. Ya, kadangkala dengan hanya melihat wajah2 mereka yang berada di sekitarku, aku beroleh kekuatan utk terus bergerak, meluruskan kembali niat di hatiku. Dengan hanya satu panggilan ke kampong halaman, rasa lemah itu pudar dan sedikit demi sedikit kekuatan kembali hadir ke dalam diri. Allahu Akbar! Besarnya kurniaan Allah. Allah tidakkan pernah meninggalkan hamba-NYA sendirian, selagi mana kita tidak melupakannya.
Terima kasih buat sahabat2 yang berada di sekelilingku, terutamanya housemate2 aku. Ya, mereka lebih banyak melihat betapa tunggang-langgangnya hidupku sejak memikul tanggungjawab sebagai pelajar master ni. Baru bergelar pelajar, kalau dah kerja, berkeluarga nanti, tak tau la camna jadiknya. Huhu..
“Ahh..bosannya belajar. Bila la boleh kerja ni?” keluh si pelajar.
“Ahh..penatnya bekerja. Alangkah indahnya zaman belajar…” keluh si pekerja pula.
Sesungguhnya manusia tidakkan puas dengan apa yg ada di tangan, sering melihat indahnya barang yang tiada di tangan, selagi tidak didatangkan syukur di dalam hatinya..