Uniknya hati sukar diterjemah, sukar diramal, mudah tergoda dan fitrahnya sentiasa mencari ketenangan. Oleh itu, salurkan ketidaktenangan hati dengan cara yang benar, cara yang terbaik dan pada yang selayaknya
“It wasn’t a gamble. Besides I just watched my friends work and had faith in them, that’s all. Even without words, I knew these guys would understand.” (Shikamaru-Naruto Shippuden: 195)
Sifrulmind namaku. Mengapa sifrulmind? Minda kosong tatkala hati tidak tenang menyedarkan diri untuk mengisinya dengan sesuatu yang selayaknya.
>> Itu nama yg aku bg sendiri. Nama yg orang tersayang bg adalah Zarina binti Tardan. Anak Jati Johor, namun sentiasa menghabiskan sisa-sisa hidup di perantauan.
Masih belajar untuk menjadi seorang Jurutera Elektronik,
dan akan terus belajar kerana belajar itu satu kewajipan <<
Bekas pelajar SK Serom 8 (93-98),
SMK Tun Mamat (Wawasan 99-01),
Sultan Alam Shah Islamic College (Sains 7, 2002/03),
Kolej Matrikulasi Melaka (F7P1 04/05). Universiti Sains Malaysia (ISM Kej Elektronik, 2005/09).
Dan sekarang masih lagi menuntut di USM.
Sejarah ringkas. =)
Petang tadi, selepas pulang dari sekolah, tergerak hati plak nak telefon adik-beradik aku yang berada area2 Utara ni, di samping menelefon kakak aku yang duduk kat Melaka, bertanyakan khabar tiket balik kampus selepas raya. Alhamdulillah, de tiket dari Melaka. Okla tu. tapi yang tak menariknya, bila aku tepon adik aku yang kat Penang tu .
“Tengah buat pe? Tido? Ish3. Haa..Balik raya bila?” aku bertanya khabar dengan nada yg ‘mesra’. Akak yang ‘baik’ la katakan. Hehehe…
“Balik malam raya. Pagi tu jangan lupa jemput aku kat bus stand,” dia jawab dengan nada gembira. Erk, pelik budak ni.
“Malam raya? Haha..aku balik sehari sebelum raya,” dengan bangga aku
bercerita. Tiba2 aku tergerak hati nak bertanya lagi. “Eh, tiket ko bape haribulan sebenarnya?”.
“19hb. Bukan ke tiket ko sama ngan tiket aku,” dia menjawab dan bertanya balik kat aku.
“Huh, memang tiket aku 19hb. Eh, 20hb dh raya ke?” Aku segera mencapai calendar. Owh, memang benar.
20/09/09 adalah bersamaan dengan 1 Syawal. Nape aku tak perasan selama ni? Calendar mana yang aku ikut
selama ni? Adush, satu keje lagi nak g beli tiket. Dah la tiket yg aku beli ni harga dia lebih mahal dari biasa. Adik
aku yang duduk akt Penang tu pun harga tiket dia lebih murah dari tiket aku. Mmm…de sapa2 leh suggest pe
cara penyelesaian terbaik? Mengadu kat kerajaan? Buat dh, tapi biasala, tak de pape yang berlaku. Semakin naik
harga tiket tu adalah. Huhuhu...
“Naik sikit je, jangan marah,”. Arr..tak pasal2 kena sekeping ‘tamparan manja’ aku kat dia. Ok, kat bawah ni aku masukkan sedikit kira2 harga tiket bas
perjalanan aku selama ni. Hehehe...
Perjalanan
Harga biasa
Harga Luar
Biasa
Parit Buntar – Muar
RM 55 (Kalau weekend = RM 60)
RM 65
Muar – Parit Buntar
RM 44
RM 46
Perit Buntar - Melaka
RM 45
Tak check plak
Melaka – Parit Buntar
RM 45
Tak check jugak
Kalau naik disebabkan guna bas tambahan, aku consider sikit (walaupun kerajaan just bg naik harga tiket max RM3 je utk bas tambahan). Tapi yang aku pelik, adik aku yang duduk kat Pulau Pinang tu bleh plak dapat tiket balik dengan harga RM 50. Adakah aku ditipu, atau memang itu harganya? Hahaha…nape aku emosi sangat dengan tiket malam ni? Banyak lagi benda kena fikir, tapi bayang2 tiket ini benar2 mengganggu aku malam ni. Haha..takpela, insyaAllah sok nk g jual balik tiket tu, dan aku bercadang nk balik lebih awal (kalau tiket de lagi laa..). Mmm..kena btau Dr awal2 ni, aku nk mintak cuti awal seminggu, nak buat persiapan raye. Huuu…
*p/s : Sebelum beli tiket, cek la calender betul2. huuu...
1 september 2009. Masa terlalu pantas berlalu. Semalam negaraku 1 Malaysia ni menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke 52. Muda 3 tahun dari umur ayah aku dan 3 tahun lebih tua dari umur mak aku. Tahun ini sambutannya tidak seghairah tahun2 yang lepas, kerna tarikh tersebut jatuh pada bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Aku bukan tidak punya semangat patriotic, namun kekadang sedih dengan cara penyampaian semangat patriotic yang sering tersasar dari landasan yang sebenarnya.
Malam merdeka, aku meluangkan sedikit masa melihat reality sebenar kehidupan masyarakat di luar sana. Dengan perancangan saat akhir utk ke sana (lepas maghrib baru tergerak hati wa bincang ngan housemate utk pegi. Huhu..), kami bergerak dengan kete housemate aku lagi sorg yg tengah balik kampong time tu. Disebabkan housemate aku yg lain2 tak leh drive malam, aku terpaksa drive. Huk3. Dan oleh kerana kami tak tau jalan, kami follow je mana2 kete yang kami kenal (sampaikan nk masuk pelabuhan pun kami follow gak. Huhu..). Akhirnya kami tiba di tempat yang dituju. Terkejut? Agaklah, sebab aku tak pernah g tempat2 camni time waktu2 camni. Owh, tempat tu nama Pantai Bersih. Parking kereta penuh. Kete yang parking kat tepi jalan pun dh berlapis-lapis. Tanda tanya mencurah2 sampai melimpah-limpah keluar dari kepala aku. Tp yang paling aku nk tanya, pe diorang buat ramai2 kat sini? Cam de fiesta. Dan akhirnya housemate aku btau, “Depa nak tengok bunga api kot,”. Aiyakk..boleh la plak camtu.
Actually, pe tujuan aku g tempat ni? Hehehe..sebenarnya pada malam tu, pihak PUMPP (kalau salah, sila betulkan) mengadakan operasi Ops Sayangi Remaja. Ini merupakan operasi yang diadakan setiap malam hari2 sambutan tertentu (Merdeka, Tahun Baru) yang bertujuan utk membasmi aktiviti kurang sihat yang dilakukan oleh golongan remaja. Tahun lepas operasi ini de dilakukan, tapi aku tak dapat nkjoin sebab ade komitmen lain. Alhamdulillah, tahun ni dapat g dan dapat timba sedikit pengalaman. Operasi yang bermula lebih kurang jam 12.30pg dan sepatutnya berakhir sekitar jam 3pagi, tapi aku terpaksa balik lebih kurang jam 2pg coz kami parking kete kat tmpt yang org lain tak parking dan agak membahayakan kalu just kami je yg g kat tmpt tu. So, mekasih kat sebuah kete yang kami duk follow tu walaupun kadang2 jalan yang ditunjuk tu bukanlah jalan yang benar. Kami pun lebih kurang sama.
Dalam perjalanan pulang, aku tanya kat sahabat aku, “Apa yang awak dapat malam ni?”. Haha..sebenarnya soalan itu ditujukan kepada aku sendiri. Yelah, dalam membuat sesuatu perkara, ia adalah sia2 jika kita mengambil/mendapat apa2 daripadanya. Yea, walaupun tak lama aku terlibat dlm operasi tu, banyak jugaklah yang aku dapat, tapi aku tak tau nak cerita macammana. Dalam hati memikirkan, inikah sahaja erti kemerdekaan Negara kepada kita? Bunga api, kibar bendera (tapi merempit sana sini), melepak sehingga santak pagi, masa paling sesuai utk bertemu buah hati, and so on. “Alaa..biaselah tu. Bukan selalu,”. Owh, sudah lupa dengan pepatah Melayu, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekalai-kali?? Mmm..bila benda yang tak baik dh jadik biasa, benda baik akan jadik luar biasa. Contoh mudah. Berdua-duaan lelaki dan perempuan yg bukan mahram itu adalah perkara maksiat, namun dianggap biasa. Tapi cubaan menegur mereka untuk tidak melakukan perkara tersebut adalah perkara yang baik, namun dianggap pelik. Nampak cam remeh, tapi itulah hakikatnya. Mm..tak nak membebel panjang2. Papepun, de satu yang betul2 berbekas kat hati ni hasil dari operasi tersebut. PERBAIKI DIRI DALAM SEMUA ASPEK & JANGAN MUDAH SALAHKAN ORANG LAIN (Eh, cam de 2 points plak). Mmm..nampak cam biase je, tapi itulah pengajaran “terhebat” yang aku dapat malam tu.
Tiba di rumah sekitar jam 315pg selepas gagal dalam cubaan mencari minyak kereta dambaan pemilik kereta. Huhu..selepas tidur lebih kurang 30minit (terjaga selepas mimpi dibelasah oleh Aiman dengan buah durian. Huu..), bangun utk memulakan hidup baru. The End.
*Psstt..arini minyak dah naik harga. Rasa2, pasni tiket bas naik harga lagi tak? Mmmm…
*Arr..no kat title tu, bukan no ekor ye. Harap maklum.
“Eh, takdelah. Orang Malaysia, orang Pahang rasanya coz dia dibicara kat Pahang,”
“Owh, ingatkan orang Indonesia sebab nama ayah dia Sukarno.”
“Heeeee…..”
Sejak seminggu dua ni sibuk orang cakap pasal si Kartika ni, sebab Kartika menjadi wanita pertama dikenakan hukuman sebatan akibat minum arak. Ada yang sokong, ada yang bangkang. Ada yang kata diskriminasi pada wanita coz ramai je lelaki yang minum tapi tak dikenakan hukuman sebat (sebenarnya ade je lelaki yang kena hukuman sebat tapi tertangguh hukuman sebab dia buat rayuan. Lama kan proses rayuan??), de plak yang bangkang sebab katanya hukuman ni “terlalu kasar”, tiada unsur2 mendidik, de plak yang kata hukuman cam tu takde dalam perlembagaan hukuman syriah di Malaysia di Negara tercintaku ini iaitu Malaysia. Ada jugak yang kata hukuman tu tak adil. Waaa..macam2. Semua dengan pandangan masing2. Ada yang berdasarkan fakta, namun banyak yang dipengaruhi nafsu.
”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
(Surah Al- Maidah ayat 90)
Hukuman yang dikenakan adalah denda dan sebat 6 kali. 6 kali amat jauh bilangannya jika nak dibandingkan dengan hukuman yang sepatutnya, iaitu sekurang-kurangnya 40sebatan dan tak lebih 80sebatan. Hukuman ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Sayyidina ‘Ali, yang bermaksud;
“Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai."
Riwayat Muslim
Kesan buruk dari minum arak, tertlalu banyak. Manfaat? Sesiapa yang boleh bagi dia punya manfaat, sila bagitau aku. Apabila ada sesetengah umat Islam yang menyatakan arak itu adalah ubat, ketika mula2 arak diharamkan, Rasulullah telah menjawabnya;
"Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit"
(riwayat Muslim).
Memang hukuman yang dikenakan ke atas Kartika tu bukan hukuman hudud (sebab kalu nak kenakan hukuman hudud, sekurang2nya 40 sebatan, bukan 6 sebatan) tapi hukuman takzir (atas budi bicara hakim), apa yang aku nmpk ini adalah salah satu cara untuk membanteras masalah minum arak dalam kalangan umat Islam. Lagipun Kartika sendiri dan mengaku dan bersedia untuk menjalani hukuman tersebut. So, kenapa orang lain begitu sibuk nak mempertikaikan keputusan tersebut? Dalam menetapkan hukuman, tak kira soal jantina, tak kira pangkat, tak kira soal nama. Kalau dirasakan hukuman tersebut tidak adil, hukuman bagaimana lagi yang sesuai? Kalau kesan buruk ketagihan dadah boleh difikirkan secara logic aqal yang membawa kepada hukuman mati kepada pengedarnya, kenapa hukuman minum arak yang lebih ringan ditetapkan oleh mahkamah ini dipersoalkan? Berkaitan dengan persoalan kenapa si Kartika ni je yang kena, orang lain yang melambak-lambak minum arak tu tak kena, fikirlah elok2. Dalam kehidupan seharian, ramai sahaja orang yang menjadi pencuri, tapi cuba fikir, kenapa hanya sesetengah pencuri sahaja yang masuk mahkamah dan kena dikenakan hukuman? Sebab depa tak kena tangkap dengan polis, dan bila tak ditangkap dengan polis, takde kes, secara aotumatik tak masuk mahkamah dan tak kena hukum. Sama jugalah macam kes Kartika ni. yang lain tak kena tangkap (Samada takde pihak berkuasa yang nak tangkap atau orang lain buat2 tak tau je.). Soal penangguhan hukuman tu aku tak mahu sentuh, yang pasti hukuman perlu dijalankan. Kalau pasni hukuman ditangguh lagi, baru lah aku nak membebel lagi. Aku rasa, kalau Kartika ni buat rayuan, mungkin bertambah banyaklah “mahkamah sendiri” yang wujud, yang buat keputusan ikut kepala sendiri. Nasib baik Kartika ni tetap dengan pendirian dia nk jalani hukuman tu. Semoga dia bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya dan tidak mengulangi kembai kesilapannya itu. Semoga Allah melindungi dan merahmatinya, insyaAllah. Sama2 kita doakan untuk dirinya, di kala bulan Ramadhan ni.
"Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak dengannya."
(Hadis riwayat Thabarani)
Pada yang lain2, tak payahlah nak menggatai nak minum arak ni. Banyak lagi minuman2 yang sedap dan halal. Cam tak minuman lain je nak minum.Time sekolah dulu, de sorang kawan aku tanya, pe rasa arak ni. Bila kitorang cakap tak tau, bleh la plak dia ajak rasa sebotol. Nasib baiklah yang lain2 tu waras lagi. Lepas bawak dia jumpa Ustaz wa bawak dia jumpa sorang budak yang pernah minum (bukan malay la, seorang Chinese), baru la dia normal balik. Ish, budak2 yang sentiasa mempunyai semangat inkuiri ingin tahu yang amat tinggi ni, susah jugak kadang2 nak layan.
"Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? "
(Surah Al-Maidah: 91)
Bulan2 pose ni orang kata syaitan terikat tapi “syaitan dalam diri (nafsu)” masih bermaharajalela. Semoga dengan berpuasa ni, dapat menjinakkan nafsu dalam diri tu. Hentikanlah dari melakukan perkara2 yang tidak berfaedah. Kalau tak mampu stop on the spot, berubahlah sedikit demi sedikit. Ya, aku tahu, Tamadun Rom tak dibina dalam satu hari, tapi bak kata aku, sehari sekeping papan, sebulan insyaAllah siaplah reban ayam tu. Wallahua’lam.
Sebuah keluarga menuju ke sebuah temasya yang khabarnya menghidangkan pelbagai jenis bentuk hiburan dan hadiah yang menarik. Si ayah mula membayangkan akan hadiah kereta besar yang disediakn pihak penganjur untuk pengunjung2 yang mengambil bahagian dalam acara menembak. Si ibu pula mengidamkan ketuhar terbaru yang menjadi hadiah untuk pemenang pertandingan memasak. Si anak, iaitu si abang meluru ke tempat pertandingan gusti lengan kerana dia dimaklumkan hadiah wang tunai menanti para pemenangnya. Ya, memang benar hadiah itu ditawarkan. Bagi si kakak, tempat pertandingan menggubah buah-buahan dan bunga pula menjadi tumpuan. Hadiahnya bukan calang2. Satu set barang kemas, untuk tempat pertama. Juga disediakan hadiah saguhati. Si adik lelaki, merengek-rengek meminta si ayah membawanya ke tempat melukis kerana permainan yang menjadi idamannya selama ini dipertaruhkan untuk pemenang. Mereka semua punya angan-angan dan keinginan untuk mendapatkan hadiah2 yang ditawarkan. Namun, semua mereka hanya pergi ke tempat2 tersebut dan berlalu sahaja. Terasa ingin mendapatkan hadiah tersebut, namun tidak mahu menyertai sebarang pertandingan yang dianjurkan. Satu demi satu tempat pertandingan mereka lawati, dan akhirnya, tibalah waktu untuk mereka pulang. Temasya tersebut hanya berlangsung selama satu malam sahaja. Esok dan lusa tiada lagi temasya tersebut. Keluarga tersebut meninggalkan temasya dengan hanya makanan2 dan minuman2 ringan yang dibeli untuk menghilangkan rasa dahaga dan kebosanan ketika dalam perjalanan pulang. Pendek kata, mereka pulang dengan tangan kosong.
Ibaratkan keluarga itu adalah diri kita. Ayah, ibu, abang, kakak, adik, adalah anggota badan kita. Temasya tersebut, adalah temasya ibadah yang Allah sediakan untuk kita. Bulan Ramadhan, bulan temasya ibadah. Semua orang telah maklum. Pelbagai ganjaran Allah sediakan untuk kita bagi sesiapa yang menginginkannya. Perasaan “INGIN” sahaja tidak cukup untuk merangkul segala macam “HADIAH” yang Allah sediakan. Perlu ada usaha untuk mendapatkannya, dan melalui cara yang betul/benar. Setiap anggota badan kita berpeluang untuk memenangi hadiah yang Allah tawarkan. Peluang sahaja tidak cukup jika tidak diiringi dengan tindakan untuk mendapatkan peluang tersebut. Keinginan, peluang dan usaha. Jika berusaha pula, jangan mengharapkan “Grand Prize” jika usaha hanya sedikit, setaraf hadiah saguhati. Sunnatullah, siapa yang berusaha lebih, dia akan dapat lebih. Man jadda, wajada. Man zara’a, yazra’. Begitu juga sebaliknya. Oleh itu, mari berusaha tingkatkan ibadah di bulan Ramadhan. Tinggalkan amalan2 yang membawa kepada perkara2 yang tidak baik, apatah lagi perkara2 maksiat. Ajakan kepada semua dan diri ini terutamanya.
P/s buat sahabat2 yang de kat sekitar aku, ingatkan aku bila aku terlupa/melaghokan diri time bulan posa ni (Bulan2 lain pun tolong ingatkan jugak ek..)
Ikhlaskan niat ketika beribadah/beramal. Setting betul2 niat, supaya sentiasa berada di siratol mustaqim (jalan yang benar).