RSS

Wednesday, October 19, 2011

Ke Mana Hilangnya Kemanusiaan

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang utk menghirup udara-Nya pagi ni. Hujan yg turun dari semalam petang, benar2 membersihkan udara dunia ni. Bila buka tingkap ketika subuh tadi, terasa segar angin yang masuk ke rumah. Terus rasa bersemangat nk memulakan hari. Berkendiri, buat sarapan, sarapan sambil menonton Muqaddimah di TV9. Kebetulan ada pisang pemberian orang semalam, merasalah pisang goreng panas di pagi hari yg sejuk dan segar, bertemankan air panas. Alhamdulillah, sungguh menyegarkan.

Muqaddimah pagi ni, Ustaz Zaharuddin yang menyampaikan pengisian berkenaan rezeki yang halal. Maaf, tak tau tajuk sebenar dia sebab time tgok tu Ustaz dah start sampaikan pengisian. Pengisian dia, insyaAllah aku akan kongsikan di lain masa kerana masa tidak mengizinkan ketika ini, hanya post yg ringan2 sahaja. Sedang menanti 3 email, dari technician, supervisor dan supplier, yg memungkinkan utk aku meneruskan kerja. Masa yang diperuntukkan adalah sehingga jam 10pg, selepas itu, aku akan membuat kerja lain yg tiada kaitan dgn email2 tersebut. Haha..mende la merapu ni.

Ok, just dalam minggu ni, aku terkesan dengan berita seorang budak di China yg dilanggar oleh 2 buah lori dan ditinggalkan dalam kesakitan utk beberapa lama. Bukan tiada yg sedar akan kemalangan tersebut, namun tiada yg mahu menolong. Aku menangis seorang diri tatkala menonton video tersebut (dan sekarang menyesal gak tengok video tu sbb sampai sekarang masih menghantui aku). Bayangkanlah, kalau orang terpijak kaki kita pon, rasa sakit dan rasa cam nk pijak2 ja orang yg pijak kaki kita tu, inikan pulak budak yg digilis oleh lori tersebut. Ok, bukan sebuah lori, tapi 2 buah. Dan menurut pemandu lori tersebut, dia sedar dia telah melanggar budak tu, tapi dia sengaja meninggalkannya sebab dia akan dimasukkan ke dalam penjara jika budak itu hidup, namun hanya perlu membayar denda jika budak itu mati. Dan dia berharap budak itu mati!! Allah..di mana sifat kemanusiaan yang sepatutnya ada pada setiap orang yang bernama manusia. Itu sifat kebinatangan namanya!!

Pada petangnya pula, dikejutkan lagi dengan berita seorang ibu muda yang mengelar anaknya yang baru lahir, kerana teman lelakinya tidak mahu menerima anaknya itu. Teman lelaki ya, bukan suami. Dan diberitakan bayi itu masih hidup ketika ibu muda itu mengelar badan dan perut bayi tersebut. Membacanya sahaja telah membuatkan aku sebak. Meremang bulu roma aku. bayangkan kesakitan yang ditanggung baby tu. Kita terhiris jari sikit pon dh tak boleh tido malam, inikan pulak baby tu. Mujur sahaja Allah ambil nyawanya, daripada dia terus terseksa. Yer, sesak rasa dada ni.

Seharian aku terasa sesak dada apabila teringat akan berita2 ini. Setiap kali terpandang gambar kanak2 atau baby, terus teringat berita ni. Adoiiyaii..pada malam tersebut terpaksa tidur awal utk mengurangkan sedikit rasa sedih itu (Ini bukan excuse nk tido awal yer..). Ya, walaupun kanak2 itu tiada kaitan dengan diri aku, namun aku rasa sedih dengan perlakuan zalim yg diperlakukan ke atas mereka yg tidak berdosa itu. Aku ternampak status seorang sahabat di facebook,

“Banyak kes pembuangan bayi berlaku dalam bulan lepas dan bulan ini. Adakah natijah dari event ketika Tahun baru dan Valentine?”

Mungkin ada benarnya. Dan itulah yg sering dinyatakan oleh penjaga rumah2 kebajikan. Anak2 tidak sah taraf semakin ramai. Zina sudah menjadi perkara biasa. Bukan sahaja di bandar2, kampong aku pon sama. Berkahwin kerana sudah terlanjur itu sudah menjadi perkara biasa. Sedih. Ya, sedih. Jika jiran menegur, dikata busy body. Suka amik tau hal orang. Kubur masing2. Suka hati aku lah nk buat apa!! Ohh..jawapan yang begitu mantop!!

Ya, aku tau, aku jiran yang busy body. Tapi aku tak sanggup tengok hgpa buat benda2 tak elok, kat simpang dekat dengna umah aku plak tu. Tu dah jadik tanggungjwab kami utk tego. Nanti kalau Allah tanya, awat kami x tego hgpa, hgpa nk tolong jawab ka? Ya, aku tau, kubur masing2, tapi sapa yg nk sumbat ko dalam kubur nanti, kan ke orang lain? Takkan la ko nak mandikan diri sendiri, nak kapankan diri sendiri, nk gali kubur, terjun dalam kubur, pastu tutup kubur tu sendiri?

Ok, utk mengelakkan dari aku merepek lebih panjang, dengan emosi yang sebegini rupa, baik aku berhenti kat sini je dulu. Just utk peringatan kita bersama, Allah dah kurniakan kita sifat kemanusiaan, yang hanya ada pada manusia, janganlah plak kita nak kufur nikmat, siap nk apply sifat kebinatangn dalam diri tu. Kita boleh je nk tuding jari, nk salahkan ibu bapa, persekitaran, kawan2 yang pengaruhi kita utk buat benda2 tak baik ni, tapi kalau tuding2 jari pun, last2 benda tu berbalik kepada diri kita. Kita yg membuat keputusan utk diri kita, yg lain2 tu hanya pengaruh luaran sahaja. Tapi kalau kita cuba utk buat keputusan yg baik, namun perkara sebaliknya yg berlaku, itu kuasa Allah. Yang pasti, kita dah usaha utk buat perkara yang baik. Jangan plak bila dah buang bunuh anak/buang anak hasil dari buat kerja2 tak elok, kita kata, “Dah takdir Allah budak tu kena buang/bunuh, aku nak buat camna, aku just jalankan apa yg dh tersurat dalam takdir,”. Haaa..memang nk kena la tu!!

Ok, masa dah habis. Tapi email2 yg ditunggu masih tidak kunjung tiba. Mari buat kerja lain.

Assalamu’alaikum..

Saturday, October 15, 2011

Sabar dan Marah...

Sod, ba, ro.

Sobar.

S.A.B.A.R dalam Melayunya.

Pendek sahaja. Tapi ingin mengaplikasikannya, sukarnya bukan main.

Mujahadah kena tinggi.

Kalau tidak, sia-sia.

Lebur mujahadah di tengah jalan.


Mim-alif-ro-ha

Marah.

M.A.R.A.H dalam Melayunya.

Bunyinya keras.

Begitu juga implikasinya.

Dihambur keluar, ada pula hati yg terbakar nanti.

Disimpan di hati, terasa ingin meletup dada.

Telah diajar sejak kecil,

Jika marah, sabar, sabar dan sabar.

Namun hati manusia

Sabarnya seringkali ada had.

Sekali dua tidak mengapa

Jika dah berkali-kali

Menempah ‘maut’ namanya.

Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah..


Wahai diri..

La taghdhob, la taghdhob, la taghdhob

Wa lakal Jannah, insyaAllah..

Thursday, October 13, 2011

Konvokesyen..(Ok, bukan aku yg konvo..)

Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan blog ditinggalkan, harini aku jengah blog ni sekejap, di celah ‘kesibukan’ kerja2 lab kekononnya. Minggu ini agak sibuk, selepas menghabiskan hampir seminggu cuti, berulang-alik utara dan selatan. Pagi Isnin di utara, ptg di Shah Alam, Selasa drive balik ke Johor, Rabu drive ke Kedah, Khamis drive ulang-alik ke Kedah-Perlis, Jumaat drive balik Johor, Ahad drive ke Shah Alam dan akhirnya selamat tiba di Parit Buntar dgn keretapi pada awal pagi Isnin. Pagi Isnin berkejar ke opis, menyelesaikan kerja2 tertangguh. Petangnya pula berkejar membuat report2 utk geran projek. Isnin malam, tertidur kepenatan tidak sedarkan diri, sekitar jam 10mlm. Terjaga tengah malam, diri dah siap berselimut dan toto terbentang di sebelah, siap dengan bantal. Ohh..terima kasih kepada housemate yang siapkan toto tersebut, walaupun slalu kena buli. Haha..

Ok, aku ke Kedah menghadiri konvokesyen adik aku di UUM. Yes, aku tidak berapa gemar ke majlis konvokesyen sbb kena tunggu lama. Time konvo aku dulu pun mula2 aku cadang x nak pegi, tapi disebabkan bila aku balik kg, tengok mak ayah aku dah semangat nk pegi, aku tukar keputusan. Sebenarnya aku kesian kat mak ayah aku kena tunggu lama dalam dewan,penat dalam perjalanan dari selatan ke utara, semata2 nk tengok aku naik, amik skrol, dan turun pentas. Tapi itulah, kegembiraan ibu bapa apabila melihat sendiri anak-anaknya mengecap sedikit kejayaan, begitu bermakna bagi mereka.

Itu baru kejayaan di dunia. Boleh bayangkan, apa perasaan mak ayah kita jika kita berjaya mengecap ‘kejayaan’, meraih ‘skrol’, dengan keputusan yang baik di SANA nanti? Allah..ketika itu, sudah tentu kegembiraan itu berkali-kali ganda kerana ‘kejayaan’ kita itu akan memberi kebaikan dan manfaat kepada ibu bapa kita. Anak2 yang soleh/ah adalah salah satu bekalan utk kita menghadapi kehidupan di SANA nanti. Kejayaan tu plak akan menerima ganjaran yang abadi, yang Allah nyatakan di dalam firmannya, sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas di hati manusia. SubhanAllah...begitu hebat ganjaran.

Sebagai anak, takkan cukup bagi kita utk memberikan kejayaan yang bersifat sementara sahaja kepada ibu bapa kita. Seboleh2nya, sudah tentu kita mahukan yg terbaik buat ibu bapa kita di dunia dan di akhirat. Oleh itu, bagi sahabat diluar sana yang tentunya bergelar anak kepada sepasang ibu bapa, berbaktilah kepada ibu bapa kalian dengan sebaiknya. Bagi yang masih punya ibu dan ayah di dunia ini, hargailah mereka. Bagi yang sudah pergi meninggalkan kita, kirimlah doa2 kalian buat mereka

Menjadi anak yg soleh/ah, ianya sukar. Sedikit terguris hati ibu bapa, tanpa sempat kita memohon maaf dari mereka, azab bakal menanti kita. Apalagi bila bertembungnya redha ibu bapa dan syariat Allah. Dalam mencari solusi bagi kedua-duanya, menegakkan syariatullah dan pada masa yang sama tidak mengguris hati ibu bapa, ibarat menarik rambut dari tepung. Tentunya kesabaran dan strategi yang baik diperlukan, di samping ilmu yang sesungguhnya amat membantu dalam merungkai masalah tersebut. Ya, sukar, ianya memang sukar dan payah. Namun jika bibir dan hati sentiasa berkata sukar dan payah tanpa ada usaha utk menyelesaikan masalah tersebut, ianya akan terus menjadi sesuatu yang mustahil untuk diselesaikan! Berusaha dan letakkan sepenuhya pergantungan kepada Allah. Biarlah ia mengambil masa yang lama, asalkan kita berbuat sesuatu utk menyelesaikannya. InsyaAllah, tiada sesuatu yang mustahil di sisi Allah.

Ok, semakin lama semakin melalut. Stop sekejap di sini. Len kali sambung lagi, insyaAllah. sebagai penutup, buat sahabat2 semua, marilah kita hayati lagu di bawah ni. Aku paste lirik jek. walaupun dalam nasyid tu kata adik2, org2 tua pon patut amik iktibar juga. Nasihat itu utk semua. Hehe..Dan walaupun kat situ tulis "lagu yg abang dendangkan..", yg kakak2, makcik2 pon bleh nyanyikan utk adik2/anak2/anak2 menakan. Tukarlah lirik sendiri. Huhu...


Nasihat Buat Adik
(Nazrey Johani)

Wahai adikku sayang
Dengarkanlah lagu ini
Yang sedang abang dendangkan
Moga menjadi nasihat untukmu

Di dalam kau meniti
Kehidupan ini
Yang penuh
Dengan pancaroba

Wahai adikku sayang
Patuhlah pada ibu ayahmu
Hormatilah gurumu
Janganlah melukai hati mereka

Kerana restu mereka
Penentu kejayaanmu
Di waktu kau mengejar
Cita-citamu
*

Bersopan-santunlah berbudi bahasalah
Kepada semua
Jujur dan amanah jangan berdusta
Apa saja dilakukan
Berhati-hatilah jika memilih
Siapa sahabatmu

Jagalah pergaulanmu
Jagalah maruah dirimu
Agar kau selamat
Dari godaan dunia

*Ulang*

Belajar bersungguh sepenuh hati
Agar kejayaan milikmu
Tabahkan hatimu menghadapi
Semua cabaran

Bersifat pemurah tolong-menolong
Pada yang memerlukan
Jangan sesekali melupakan perintah-Nya
Agar kau selamat dunia akhirat (2X)

Friday, July 29, 2011

Jumaat Sebelum Ramadhan

Di pagi Jumaat, ketika sedang bersemangat memulakan kerja, tiba2 telefon berbunyi, menandakan ada SMS yang masuk.

“Salam. Kak zarina kat mana?”

“Wslm. Kat cabin. Ada barang ka?”

“Datang lab CEDEC, ada tazkirah Ramadhan.”

Terlompat aku dari tempat duduk. Tidak tahu menahu tentang sesi tazkirah tersebut. Segera mencapai kunci motor dan terus ke CEDEC. Nasib baik, pentazkirah baru tiba di muka pintu lab dan sedang berborak2. Kiranya aku tak lambat la kan? Haha..

Ok, sebenarnya nak cerita tentang sedikit isi tazkirah tersebut. Banyak ilmu yang disampaikan oleh ustaz, namun satu kisah yang disampaikan oleh Ust Rhaffor (pentazkirah) yang membuatkan aku begitu tertarik ingin aku kongsikan di sini. Tak kisahlah orang lain dh tau ke ape ke, mari kita sama2 amik iktibar dan amalkan. Kisahnya begini.

Seorang sahabat, ketika zaman Rasulullah, telah kehilangan 7 ekor unta kerana ikatannya terlerai ketika di tambat. Sahabat tersebut mengadu kepada Rasulullah, dan bertanya apa yang perlu dia lakukan. Tau apa yang Rasulullah jawab? Rasulullah bersabda, bacalah doa ini berulangkali. Tahu apa doa dia? Alaa..doa ni boleh dikatakan kit abaca tiap2 hari.

Ingat kan doa ni? Biasanya doa ni dibaca sebagai pentup doa. Kalau dengar imam baca doa ni, tau dh doa dh nak abis. Huhu..Ok2, berbalik kepada cerita. Sahabat tersebut pun terus sahaja pulang ke rumah dan mengulang doa tersebut tanpa berhenti. Seperti mana yang kita semua telah sedia maklum, para sahabat amat taat kepada perintah Rasulullah, walaupun kadangkala perintah tersebut seperti tidak masuk aqal. Hilang unta tapi disuruh baca doa supaya dapat kebaikan di dunia akhirat? Kalau difikir dengan aqal manusia, memang tak tercapai dek aqal. Namun, perkara2 ghaib, sukar utk dijelaskan oleh aqal.

Berulangkali sahabat tersebut mengulang doa berkenaan, sehinggalah satu hari, terjadi ribut di kampungnya. Setelah ribut reda, sahabat tersebut membuka pintu dan berasa amat terkejut kerana untanya telah pulang. Namun, apa yang menambah rasa terkejutnya lagi ialah untanya pulang bersama-sama 93unta lain. Bermaksud unta-unta itu berjumlah 100ekor. Masya-Allah! Sahabat tersebut berasa gembira bercampur runsing. Dari manakah hadirnya unta tersebut, siapakah tuan empunya unta tersebut, bagaimana ingin menguruskannya dan macam2 lagi perkara yang bermain di kepalanya. Sahabat tersebut segera berjumpa Rasulullah dan bertanya kepada Rasulullah. Rasulullah berkata bahawa unta itu adalah miliknya, kurniaan dari Allah kepadanya. Berkat dari doa yang diamalkannya, kesungguhannya melaksanakan perintah Rasulullah dan rasa yakin dalam diri bahwa Allah akan membantunya. Allahua’lam.

Ustaz juga memaklumkan, ada seorang wali Allah, yang apabila dijemput utk membaca doa, hanya doa ini yang dibacakannya. Ringkas, mudah dan rasanya, sejak kecil lagi kita sudah tahu, hanya tidak menghayatinya dengan baik. Maksudnya begitu mendalam. Oleh itu, amalkanlah doa ini selalu. Selain dari selepas solat, sambil berjalan, naik motor, memandu kereta, boleh sahaja doa ini diamalkan, di samping dzikir2 yang lain.

Doa itu senjata orang Islam, dan doa itu juga satu ibadah (Hadith sahih, riwayat At-tirmidzi). Jangan rasa ragu dengan doa yang dipohon kepada Allah. Mungkin sahaja doa itu tidak dimakbulkan dalam bentuk apa yang kita mahukan, tetapi direalisasikan dalam bentuk yang lain. Berdoalah, maka Allah akan memperkenankannya.

“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.”

(Surah al-Mu’min: 60)


Tuesday, July 26, 2011

Kembali Bersiaran..

Assalamu’alaikum.

Hampir 2 bulan blog ini ditinggalkan sepi. Sehinggalah satu hari aku membuka blog ini dan terlihat ucapan salam dari sorang akak ni. Baru tersedar. Medan ini lama ditinggal sepi (tapi xdelah lama sangat kan?? Hehe..). Urusan seharian yang takkan habis, seringkali menghambat diri dari mencari perkara berfaedah utk diisi ke dalam blog ini. Ahhh..alasan, baik punya!!

Minggu yang sudah, menghilangkan diri dari kampus selama seminggu. Isnin bertolak ke KL, Rabu ke Shah Alam, Sabtu ke Johor, Ahad kembali ke Shah Alam dan Isnin ‘pulang’ kembali ke Penang. Cukup seminggu bermusafir. Pulang ke kampus dengan perasaan sedikit gerun kerana kerja2 yang masih belum selesai. Padah suka menangguh kerja.

Memandu pulang ke Johor dari Shah Alam bersama dengan adikku yang pertama, mengingatkan aku beberapa peringatan yang sering aku lupakan. Bukan pertama kali melalui jalan pulang itu, namun dek kerana leka berbual, menyebabkan aku tersilap jalan, sehingga terpaksa melalui jalan yang lebih jauh daripada yang sepatutnya. Alhamdulillah, cepat tersedar dan mujur sahaja ketika itu jalan masih lagi lengang, tidak banyak kenderaan. Akhirnya selamat sampai ke Johor, Alhamdulillah.

Bila direnung kembali, begitulah juga perjalanan kita dalam hidup ini. Sering kita tersesat bukan kerana kita tidak tahu jalan yang sepatutnya kita lalui, tetapi kerana kita ‘terleka’ dengan persekitaran kita, dengan keseronokan dan nikmat2 lain yang Allah kurniakan. Nikmat2 yang Allah kurniakan seharusnya membuatkan kita lebih dekat dan rapat kepada Allah, namun kebiasaannya yang berlaku adalah sebaliknya. Ada yang cepat disapa kesedaran, ada yang lama hanyut di dalam kealpaan namun bertemu cahaya di hujungnya, dan ada juga yang terus tenggelam dalam gelora kesesatan. Oleh kerana itu, peringatan amat perlu di dalam hidup ini. Hidup manusia perlu sentiasa diperingatkan. Mungkin kadangkala kita terasa jemu mendengar perkara yang kita sudah sedia maklum, namun mungkin sahaja perkara itu akan memberi manfaat kepada kita. Jika bukan di sini, insyaAllah di Sana nanti. Oleh itu, lembutkan hati ketika mendengar peringatan2 yang dikongsikan oleh sesiapa sahaja, walaupun seumur hidup kita mungkin sahaja perkara yang sama diulang-ulang hampir setiap hari. Mungkin sahja perkara itu sentiasa diperingatkan kerana kita tidak mengamalkannya secara sepenuhnya. Mungkin jua kerana tiadanya keikhlasan di kala kita melakukannya. 1001 kemungkinan boleh berlaku. Yang penting, bagaimana kita mengambil pengajaran dari peringatan2 tersebut.

InsyaAllah, Ramadhan bakal tiba seminggu lagi. Dalam ketidaksabaran menanti hadirnya Ramdhan, sedikit rasa sayu terbit jauh di sudut hati. Seminggu, walaupun dirasakan tidak lama, macam2 boleh terjadi. Entah kan sempat menikmati Ramadhan kali ini entah kan tidak. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Walau bagaimanapun, kita sebagai hamba kepada Allah, jangan sesekali berputus harap kepada Allah. Dan semoga hati ini tidakkan putus asa utk sentiasa meletakkan pergantungan kepada Allah. Ameen..

Persiapkan diri utk menyambut Ramadhan, seelok-eloknya lebih bersedia dari persiapan menyambut ‘idulfitri. InsyaAllah, jika baik persiapan Ramadhannya dan elok perjalanan Ramadhannya, persiapan dan sambutan ‘idulfitri yang baik dalam ertikata ‘idulfitri yang sebenarnya juga akan hadir menutup pintu bulan pesta ibadah itu. Pilihan ada di tangan kita.

Thursday, June 9, 2011

Semoga Jalan Dilapangkan Tuhan

Lagu ini menghantui diri aku sejak beberapa hari yang lepas. Housemate aku dah tak larat dengar lagu ni dah. Harap maaf, diri masih tidak bosan mendengarnya. Sebuah lagu lama, tapi punya maksud yang sungguh bermakna. Mudah difahami. Ok, mari kita dengarkan, dan moga mendapat manfaat, kerana jika sesuatu perkara itu tidak mendatangkan manfaat kepada diri kita dalam mendekatkan diri kita kepada sesuatu perkara yang baik, ia adalah perkara yang sia-sia.


Selama matahari masih terbit dari timur
Selama badan ini masih bisa digerakkan
Selama kemauan masih dapat dinyalakan
Selama doa-doa tetap menjadi dorongan

Maka selalu ada harapan
Maka selalu terbuka jalan
Dilapangkan oleh Tuhan
Dilapangkan oleh Tuhan

Mari kita coret kata putus asa
Dari kamus kehidupan kita
Jangan sesali siapapun juga
Jangan salahkan siapapun juga

Mari kita hapus kata tidak bisa
Dari buku harian kita