RSS

Monday, August 9, 2010

Ramadhan

(Izzatul Islam)


Telah datang menjelang
Meluruhkan kerinduan
a... aaa....

Ramadhan
Sambut, kehadapan


Bulan perjuangan tingkatkan iman
Pupuk pengorbanan suci
Bila kesungguhan bila keiklasan
Berbekal takwa untuk
kehidupan Ramadhan


Jadikan bulan suci cermin hati
Benahi hidup tuk Ilahi
Lepas belenggu dunia tuju ukhrowi
Sibak cakrawala imani
Puas membentang tak terhalang


Bulan suci cerminkan hati kan jelang
Arungi hidup masa datang
Rahmah ampunan cahaya abadi
Raih kebebasan abadi

Dari pedih azab kekekalan


Kesabaran diraih penuh pengorbanan
Nafsu tunduk patuh terkendali
Keredhoan bukanlah suatu kemudahan
Capai gelaran kehormatan
Ambang aroyan di hadapan


Bulan perjuangan tingkatkan iman
Pupuk pengorbanan suci
Bila kesungguhan bila keiklasan
Berbekal takwa untuk
kehidupan Ramadhan


Ramadhan Ramadhan


Hindarkan kesiaan kata dan perbuatan
Tinggikan hari dengan kesibukan Robani

Janganlah sampai keluar dengan tanpa hampa
Tiada hasil kecuali lapar dahaga


Ingatlah diri sang junjungan di bulan Rohmah
Tegakkan malam bertabur dzikir dan tilawah
Cerah hari hari bercahayakan
Indah menyinar ketakwaan


Bulan perjuangan tingkatkan iman
Pupuk pengorbanan suci
Bila kesungguhan bila keiklasan
Berbekal takwa untuk
kehidupan Ramadhan


Ramadhan Ramadhan

Siapa dituduh, siapa menuduh

Mulut lancang asal berbicara

Kami mujahid bukan perusuh

Tanah lahir kami akan tetap dibela



Alhamdulillah. Setelah hampir 2 minggu hidup dalam keadaan yang kurang terurus, akhirnya minggu ni jadual aku kembali normal seperti biasa. Hanya perlu menyiapkan beberapa tugasan hakiki yang diamanahkan oleh supervisor dan kerja2 projek seperti biasa. Harini juga dapat surat dari RCMO, mengesahkan pelanjutan kontrak aku. Setelah hampir 3 bulan hidup tanpa gaji, menghabiskan duit simpanan yg ada (kena kumpul balik la lepas ni. Huhu..), akhirnya pada hari menjelang Ramadhan ni, surat pengesahan diterima. Walaupun duit lom dapat, sekurang-kurangnya pengesahan tu melegakan hati. Alhamdulillah..


Esok merupakan hari terakhir di bulan Sya’ban, insyaAllah. Ramadhan bakal tiba. Rasa tidak sabar, teruja. Semoga aku dapat menjengah Ramadhan pada tahun ini dan dapat memanfaatkannya sebaik yang mungkin. Mohon doa dari semua ya! =)


Saturday, July 24, 2010

Hanya Pasrah Menanti

Hanya Pasrah Menanti

(Castury)


Bak air yang mengalir

Tak putus ke muara

Begitulah kisah silam kita bersama


Kau sering melafazkan

Kita berlari bersama

Menggapai cita-cita


Kini mengharapkan bintang

Yang tinggi di langit

Menyuluh perjalanan dalam keraba-rabaan

Hanyut aku kesepian di dalam kegelapan berteman lilin usang

Hanya pasrah menanti


Nilai seribu intan

Tak bisa meleraikan

Harga masa yang telah berlalu

Tak akan kembali

Kumenganggap itu sudah suratan takdir


Oh Tuhan

Tabahkan hatiku untuk meneruskan

Perjalanan ini yang amat terseksa

Hanya Engkau tempat untuk ku mengadu


Kau sering melafazkan

Kita berlari bersama

Menggapai cita-cita


Kini mengharapkan bintang

Yang tinggi di langit

Menyuluh perjalanan dalam keraba-rabaan

Hanyut aku kesepian di dalam kegelapan berteman lilin usang

Hanya pasrah menanti


Nilai seribu intan

Tak bisa meleraikan

Harga masa yang telah berlalu

Amat kuterkilan

Tersungkur di pertengahan perjuangan


Oh Tuhan

Tabahkn hatiku untuk meneruskan

Perjalanan ini yang amat terseksa

Hanya Engkau tempat untuk ku mengadu


Bak air yang mengalir

Tak putus ke muara

Begitulah kisah silam kita bersama


**Khas untuk kawan2 aku yang lame beno x dengar kabo. Huhu..


Sunday, July 4, 2010

Santai-santai (Mode Makan2)

Assalamu’alaikum…

Dh malam buta (lebih sesuai disebut pagi kot..), mata masih tidak boleh lelap. Memang kebiasaan, dalam seminggu, mesti ada sehari yang aku rasa susah nak tido. Tak tau kenapa. Xpela, x teruk mana pon kalau x tido semalaman.

Bagi mengisi ‘masa lapang’ selepas bertungkus-lumus buat design, aku peruntukkan masa sikit untuk membersihkan external harddisk yang hampir full ni. Ntahpape je aku isi. Dalam proses mendelete apa yang patut, tiba2 terjumpa tulisan ni. Ntah bila aku taip pon aku dh lupa. Dan tiba2 aku rasa nk post kat sini. Post santai je. Tentang makanan. Nak ‘lari’ sekejap dari memikirkan benda2 yang serius. Bak kata aku, “Otak pon perlu rehat..”. Hehe..

Kali ni nak bercerita tentang makanan pulak. Beberapa jenis makanan yang aku susah/tak jumpa kat utara ni. So, kalu tak sampai kat Johor pun, tau la jugak kan beberapa makanan yg biasa dijumpai di sana. Ye lah, kalu Penang terkenal dengan laksa, Kelantan dgn nasi kerabu, nogori dgn msk lemak cili padi dia (sedapnya keli masak lemak cili padi), Terengganu dgn nasi dagang etc. Lain padang lain belalang. Eh, sesuai ke guna perumpamaan ni?? Mm..taram jelah..

“Wahai manusia sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan. Dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal”.

(Surah al-Hujurat : 13)

Nasi ambang/ambeng

Sebab dah lama tak balik kampong time orang wat kenduri2 ni, jarang dh jumpa nasi ambang ni. kalau area tmpt lain kat johor, leh beli je nasi ni kat kedai2 makan. Tapi kalau dekat area2 kampung aku ni, kalau jual memang x laku kot coz orang kampong jarang makan kat kedai. Lagipun depa leh jumpa hidangan ni time kenduri2 arwah, kenduri kesyukuran dll (kecuali kenduri kahwin). Bestnya nasi ambang time kenduri ni adalah ia dimakan di dalam talam. Makan ramai2. Kebiasaannya, time kenduri, satu talam dikhaskan utk 4-5 keluarga. Nasi tersebut akan diagih-agihkan kepada ketua keluarga yg hadir time kenduri tu dan ketua keluarga akan bawak balik nasi ambang tu utk disantap bersama keluarga tercinta. (Rindu nak makan beramai2 dalam talam ngan adik2. Huh..) Tapi ni ikut tradisi masyarakat Jawa jelah. Kalau Melayu or Bugis, xde amalan ni. Dan tak semua tempat buat camni. Sekarang amalan ni dh makin pupus pun. Tapi kat kampong aku still on je benda ni.


Mee Bandung

Mmm..sebab aku duduk kat daerah Muar, so, mee Bandung Muar la yang agak biasa ngan aku. Kat utara ni aku pernah beli mee bandung, tapi rasa dan rupa cam mee sarang burung plak (Pernah makan x mee sarang burung??). Xpa, bukan salah depa. Maybe sebab aku dah biasa dgn yg sana, susah nk terima dengan yang sini. Ok, abaikan. Makanan kegemaran mak aku ni. Hehehe….tapi aku biasa2 je. Tapi bila p turun Muar, benda ni la yg aku selalu order kat kedai. Mmm..maybe sebab dah lama x jumpa kot. Apa yg istimewanya mee bandung ni berbanding mee bandung tempat lain? Huhu, sesungguhnya kuah dia lebih pekat berbanding mee2 bandung yg aku jumpa tmpt lain, sebab dia de tambah beberapa ramuan rahsia lain. Yg pasti, aku masih tak pas masak benda ni. Hehehe…

Otak-otak

Otak-otak kempas yg paling glamour kat area Johor ni. dulu time kecik2 aku ngeri nak makan sebab nama dia “otak-otak”. Aku terbayang “otak” dimasukkan ke dalam daun kelapa, pastu dipanggang. Berapa banyak otak diperlukan utk buat otak2? Otak sapa yang diambil? Cam ngeri je nk bayangkan. Biasalah, budak kecik. Tapi walaupun benda ni terkenal kat Johor, 1st time aku makan adalah ketika aku berumur 20tahun, akak aku ngn abang ipar ajak aku makan kat mana ntah (tp area JB la..). Huh, ntah pape. Tapi yg pasti rasa otak-otak kat Johor ni lebih sedap dari otak2 segera yg de di pasaran dan tempat2 lain yg aku jumpa (Sekali lagi, ni ikut selera aku). Kat sesetengah kedai kat Johor ni, otak2 ni dah macam snek/makanan wajib. De je kat atas meja makan kedai diorg. Tapi tak semua tempat la. Sesetengah sahaja.

Sambal kicap

Ada orang panggil benda ni kicap berlada, lada berkicap, kicap pedas, air itam (aku terbayang air longkang plak) dan macam2 nama yang lain. Tak kisahlah nak panggil apapun, yg pasti benda dia lebih kurang sama. Yang ni bleh jumpa kat mana2 pun, tp kawan aku kata, kalu kat Johor, cam jadi satu kewajipan sambal kicap ni de kat atas meja makan/peti sejuk. Ni berdasarkan pengalaman dia selama duduk seminggu “beribu-bapa” angkatkan orang Johor. Aku tak perasan selama ni, but bila aku balik kampong, owh, memang betul rupanya. Ingatkan rumah aku ja, bila aku p umah akak aku, sama gak, bila p umah makcik belakang umah aku, sama gak. Bila p umah atuk aku ja xdak coz depa x leh makan pedas. Tapi sekali lagi aku kata, bukan semua tempat.

*Teringat time makan kat café Diana, Kompleks sukan USMKKj. Aku nak p amik sambal kicap yg de kat kaunter tu sebab dirasakan hidangan kurang pedas. Bila tanya kat makcik tu, tau tak dia jawab apa? “Boleh2, ambikla, tapi jangan bawak balik plak semua..” Huhuhu..abaikan.

Kupang Segar

“Owh, asal Muar ek. Kat sana memang banyak orang jual duku ngn kupang ek? Sebab setiap kali akak balik raya, mesti ramai orang jual dua benda ni,”. Komen k.Jun, pengusaha kedai fotostat kat USMKKj ni. memagla sejak 3-4tahun lepas, raya jatuh kat area2 musim buah. Standard deviation duku/dukong banyak time musim tu. Kebetulan jalan keluar highway dari Muar tu kebanyakannya dusun buah/kampong yg banyk dusun, so cam nmpk benda tu banyak la.

“sekupang, dua kupang, tiga kupang..”. Ni bukan kupang yang dimaksudkan kat sini. Mmm..selain area Johor, selalunya aku nampak kupang ni banyak dijual kat area Melaka. Maybe coz kawasan tepi pantai. Kupang ni hidup area air masin. Dan kat muar ni de satu tempat ternak kupang, tapi aku tak pernah lagi buat lawatan sambil belajar ke sana. De orang tak makan kupang ni, tapi tak kisahlah. Lain org lain citarasa. Tapi aku memang suka kupang segar. Hehe..rasanya setiap kali balik kampong, tak sah kalu tak beli kupang, walau setinggi manapun harga dia. Takdelah mahal sangat. Tapi kali terakhir aku beli aritu, harga dia RM3.50/kilo. Banyak mana? Aku makan sorang habis kot. Ish3, buruk lantak sungguh. Adik aku kata aku ni gila kupang. Huhuhu…xpa2. Tapi benda ni tak elok dimakan banyak2. Sesungguhnya, seelok manapun setiap makanan tu, kalau dimakan secara berlebihan, memang tak elok pun. Mmm…kupang sedap dimakan jika dibakar atau masak sup/air. Tapi kalau nak masak sambal pun sedap gak. Ok, tutup kes kupang.


Kerepek Tempe

Kerepek tempe bersira

Ok, berpindah ke snek plak. Dah nak abis ni. De satu kawasan di Johor, memang terkenal dengan kepelbagaian kerepek dia. Dari kerepek yg biasa kita dengar, sampailah ke kerepek yang jarang2 kita dengar or tak pernah dengar. Nama tempat tu Ayer Hitam, Johor (To Johoreans, kalau salah mintak betulkan). Salah satu kerepek yg aku slalu jumpa kat area Johor and Melaka tp tak jumpa kat tempat lain ialah kerepek tempe (Pada peminat2 Mas Azzam KCB, bleh try carik kot krepek tempe ni. Huhu..). Perisa asli dan bersira. Lagi satu kerepek kegemaran mak aku. Hehehe..sebab tu aku suka nk cerita kat sini. Pertama kali aku makan benda ni time sekolah rendah, de pakcik kawan ayah akubawak. Om Mokhtar kami panggil dia. Skang ntah ilang ke mana. Orang yg penuh misteri aku kira. Ok, abaikan. Tapi kat area Muar susah nk nampak benda ni. Slalunya bila travel p JB or kawasan2 yg sewaktu dengannya, baru dapat beli. Huhuhu..


Kerepek tempe perisa asli

Kesimpulan kat sini, betapa banyaknya nikmat Allah yang Allah berikan kepada hamba2-NYA. ni baru cita beberapa jenis makanan ja. Ni baru satu tempat kecik. Kalau dikira satu dunia ni, tak tau la. Rasanya jenis makanan tu leh sama banyaknya dengan bilangan manusia kat bumi ni. whateverpun, pilihlah makanan2 yang baik kerna Allah telah mengingatkan di dalam firman-Nya, surah Al-Baqarah, ayat 168 dan 172.

"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan, kerana syaitan itu adalah mush yang nyata bagi kamu"(168)


"Hai orang-orang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar hanya kepada-Nya kamu menyembah" (172)


Baik di sni bukan sahaja baik dari segi zatnya, malah yang lebih utama dari segi halal-haramnya. Jauhi makanan2 yang syubhah, Ketahuilah bahawa tujuan seorang Muslim itu makan bukan untuk hidup, bukan untuk kenyang, tapi cukuplah sekadar untuk memberi tenaga untuk dia beribadah kepadanya. Perluaskan skop ibadah itu. Tapi yang pasti, jangan berlebih-lebihan dalam soal makan. Sesungguhnya kebanyakan perkara yang berlebih-lebihan itu lebih banyak mendatangkan mudarat berbanding kebaikan.


Sekian, salamu'alaikum..

p/s: Foto2 suma aku amik dari pakcik google. Mekasih la yer pada pemilik2 gambar yg bertuah =)


Tuesday, June 15, 2010

Setelah ku dipaling..


Rasulullah sallallaahu SAW telah bersabda:
“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w menjawab, “bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab,” CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI”

[Riwayat Abu Daud ]


Tatkala membaca hadith di atas, hati menjadi takut dan sedih. Lebih2 lagi apabila mengingatkan kisah2 saudara seIslam yang ditindas ketika ini. Sesungguhnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Segala perkataan yang keluar dari Baginda bukan suatu dongengan. Bukan satu hikayat. Bukan kata2 kosong, tetapi semata-mata yang benar. Apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah, benar2 terjadi sekarang. Tiadanya rasa takut akan musuh2 Islam kepada umat Islam, sebaliknya dengan mudah mereka menindas umat Islam. Hal ini berlaku kerana musuh2 Islam ini sedar bahawa umat Islam yang ramai ini tidak akan memberi kesan kepada mereka. Kerana mereka tahu bahwa hati kebanyakan umat Islam ini telah dihinggapi penyakit wahan. Tidak terkecuali diri ini. Astaghfirullah, jauhkanlah diriku ini dari penyakit tersebut ya Allah...




Setelah Ku Dipaling

Rast


Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada Yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku


Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milik-Mu


Yang hanya ku idam
Di dalam pandangan-Mu
Bersama mereka terdahulu


Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
Keampunan-Mu setelah aku malu


Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai


Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran


Yang hanya kuidam

Di dalam pandangan-Mu

Bersama mereka terdahulu

Yang hanya kupinta

Harapan keampunan

Hati ini telah kulukai


Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling


Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).

(At-Taubah: 24)