RSS

Wednesday, September 9, 2009

Tangisan Rindu

Tangisan Rindu
Munsyid : Wildan

Saban malam ku meniti waktu
Saat yang berlalu terusku tunggu
Di kala insan terus terlena
Hatiku ini ingin terus berjaga


Di kala sepiku sendiri
Mencari sinar di kegelapan malam
Airmataku bercucuran
Kerna rindu ku yang tak pernah padam


Tangisanku mendayu-dayu
Mengharap kasih dari Yang Satu
Kutahu cintaku terbalas
Kerna Dialah Pemilik cinta sejati


Oh Tuhan tunjukkanlah jalan
Merentai rasa cintaku
Citra rinduku dan kasihku
Yang kudambakan hanya untuk-Mu


Usahlah Kau palingkan cinta
Yang suci murni lagi sejati
Kerna aku hanya ada sekeping hati
Yang rapuh dan tak berdaya


Moga rinduku kan terubat
Lantaran kasih-Mu yang murni
Tangisan rinduku
Hanya untuk-Mu


Allahumma Anta Robbi
Zolamtu naf-si
Wa-illam taghfir-li
Wa tarhamni
La aku-nanna minal-khosirin


Allahumma Anta Robbi
a-inni ‘ala zikrika was-syukrika
wa husni min ‘ibadatik


Allahumma Anta Robbi
Ihtimni ya Allah
Bi hus nil-khotimah
wa la tah timni ‘alaiya ya Allah

Bi su’il-khatimah


Allahumma Anta Robbi
taqabbal minni do’ai-in-ni
innaka antas-sami’ul-‘alim
Watub ‘alaiya ya Allah innaka
antat-tawwabur-Rahim



Atha’ Ibn Saib meriwayatkan daripada ayahnya: Suatu hari, Ammar Ibn Yasir solat bersama kami, dia memendekkan solatnya. Kami bertanya kepadanya, “ Kenapa kau pendekkan solat wahai Abu Yaqdhan?”. “ Tidak ada dalil yang menghalangi diriku memendekkan solatku. Sebab aku ingin berdoa seperti doa yang pernah aku dengar daripada Rasulullah SAW,” jawab Ammar. Tatkala Ammar selesai berdoa, salah seorang sahabat mendekati dirinya seraya bertanya tentang bacaan doa tersebut, doa yang pernah didengarnya daripada Rasulullah SAW. Ammar Ibn Yasir menjawab: “Aku pernah mendengar Rasulullah melantunkan doa (yang bermaksud):


Wahai Allahku,

Dengan keghaiban ilmu-Mu.

Dengan Kekuasaan-Mu atas segenap ciptaan-Mu.

Hidupkanlah diriku dengan kehidupan yang baik menurut-Mu,

dan matikanlah diriku dengan kematian yang baik menurut-Mu.


Wahai Allahku,

Kurniakanlah kepadaku rasa takut kepada-Mu, baik dalam keadaan samar mahupun terang.

Aku memohon kepada-Mu perkataan yang benar dan lurus di saat marah dan reda.

Aku memohon kepada-Mu kewujudan tujuan di saat miskin dan kaya.

Aku memohon kepada-Mu anugerah nikmat yang tiada pernah habis.

Aku pinta kepada-Mu permata hati yang tidak terputus.

Aku memohon kepada-Mu perasaan rela menerima ketentuan takdir-Mu, serta kedinginan (kedamaian) hidup selepas kematian.

Aku memohon kepada-Mu supaya mampu melihat wajah-Mu yang Mulia, serta kerinduan untuk bertemu dengan-Mu tanpa ada yag menghalangi diriku.

Aku memohon kepada-Mu agar tidak ada hujaman fitnah yang memayungi hidupku.


Wahai Allahku,

Rahmatilah diriku dengan kebaikan iman, hiasilah diriku dengannya.


Wahai Allahku,

Berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Kau berikan petunjuk.



**Petikan dari buku “Kisah Cinta Dalam Al-Quran: Mengenal Cinta Meraih Allah” karangan Misbah Em Majidy.



Seandainya

(Wildan)


Andainya masa bisa kuputar kembali

Akan kuubah segala yang terjadi

Keterlanjuran kealpaan

Adalah kesilapan yang disengajakan


Kesenangan yang dikurniakan

Membuat aku kebingungan

Dalam memilih haluan

Jalan yang terang

Aku kerisauan


Aku insan yang lemah

Hanya mampu berserah

Berserah segalanya kepada Yang Esa

Moga diampunkan segala dosa

Agar sejahtera selama-lamanya


Mustahil bagiku mengubah masa lalu

Kini hanya mampu insafi yang berlaku

Kenangan yang lalu pengajaran buatku

Kuserahkan diri ini kepada Yang Satu


Setiap liku kehidupan yang kulalui

Kupanjatkan keampunan kepada Ilahi

Semoga keinsafan ini kekal abdi

Hingga akhir hayatku ini


Aku sedar aku kan pergi

Aku redha taqdir Ilahi

Moga disana akan kutemui

Kebahagiaan sejati



Thursday, September 3, 2009

Tiket Balik Raya


Petang tadi, selepas pulang dari sekolah, tergerak hati plak nak telefon adik-beradik aku yang berada area2 Utara ni, di samping menelefon kakak aku yang duduk kat Melaka, bertanyakan khabar tiket balik kampus selepas raya. Alhamdulillah, de tiket dari Melaka. Okla tu. tapi yang tak menariknya, bila aku tepon adik aku yang kat Penang tu callme.


“Tengah buat pe? Tido? Ish3. Haa..Balik raya bila?” aku bertanya khabar dengan nada yg ‘mesra’. Akak yang ‘baik’ la katakan. Hehehe…angel


“Balik malam raya. Pagi tu jangan lupa jemput aku kat bus stand,” dia jawab dengan nada gembira. Erk, pelik budak ni.

“Malam raya? Haha..aku balik sehari sebelum raya,” dengan bangga aku

bercerita. Tiba2 aku tergerak hati nak bertanya lagi. “Eh, tiket ko bape haribulan sebenarnya?”.

“19hb. Bukan ke tiket ko sama ngan tiket aku,” dia menjawab dan bertanya balik kat aku.

“Huh, memang tiket aku 19hb. Eh, 20hb dh raya ke?” Aku segera mencapai calendar. Owh, memang benar.

20/09/09 adalah bersamaan dengan 1 Syawal. Nape aku tak perasan selama ni? Calendar mana yang aku ikut

selama ni? Adush, satu keje lagi nak g beli tiket. Dah la tiket yg aku beli ni harga dia lebih mahal dari biasa. Adik

aku yang duduk akt Penang tu pun harga tiket dia lebih murah dari tiket aku. Mmm…de sapa2 leh suggest pe

cara penyelesaian terbaik? Mengadu kat kerajaan? Buat dh, tapi biasala, tak de pape yang berlaku. Semakin naik

harga tiket tu adalah. Huhuhu...

“Naik sikit je, jangan marah,”. Arr..tak pasal2 kena sekeping ‘tamparan manja’ aku kat dia. fs10 Ok, kat bawah ni aku masukkan sedikit kira2 harga tiket bas

perjalanan aku selama ni. Hehehe...


Perjalanan

Harga biasa

Harga Luar

Biasa

Parit Buntar – Muar

RM 55 (Kalau weekend = RM 60)

RM 65

Muar – Parit Buntar

RM 44

RM 46

Perit Buntar - Melaka

RM 45

Tak check plak

Melaka – Parit Buntar

RM 45

Tak check jugak

Kalau naik disebabkan guna bas tambahan, aku consider sikit (walaupun kerajaan just bg naik harga tiket max RM3 je utk bas tambahan). Tapi yang aku pelik, adik aku yang duduk kat Pulau Pinang tu bleh plak dapat tiket balik dengan harga RM 50. Adakah aku ditipu, atau memang itu harganya? Hahaha…nape aku emosi sangat dengan tiket malam ni? Banyak lagi benda kena fikir, tapi bayang2 tiket ini benar2 mengganggu aku malam ni. Haha..takpela, insyaAllah sok nk g jual balik tiket tu, dan aku bercadang nk balik lebih awal (kalau tiket de lagi laa..). Mmm..kena btau Dr awal2 ni, aku nk mintak cuti awal seminggu, nak buat persiapan raye. Huuu…


*p/s : Sebelum beli tiket, cek la calender betul2. huuu...


Tuesday, September 1, 2009

7591-80-13

1 september 2009. Masa terlalu pantas berlalu. Semalam negaraku 1 Malaysia ni menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke 52. Muda 3 tahun dari umur ayah aku dan 3 tahun lebih tua dari umur mak aku. Tahun ini sambutannya tidak seghairah tahun2 yang lepas, kerna tarikh tersebut jatuh pada bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Aku bukan tidak punya semangat patriotic, namun kekadang sedih dengan cara penyampaian semangat patriotic yang sering tersasar dari landasan yang sebenarnya.


Malam merdeka, aku meluangkan sedikit masa melihat reality sebenar kehidupan masyarakat di luar sana. Dengan perancangan saat akhir utk ke sana (lepas maghrib baru tergerak hati wa bincang ngan housemate utk pegi. Huhu..), kami bergerak dengan kete housemate aku lagi sorg yg tengah balik kampong time tu. Disebabkan housemate aku yg lain2 tak leh drive malam, aku terpaksa drive. Huk3. Dan oleh kerana kami tak tau jalan, kami follow je mana2 kete yang kami kenal (sampaikan nk masuk pelabuhan pun kami follow gak. Huhu..). Akhirnya kami tiba di tempat yang dituju. Terkejut? Agaklah, sebab aku tak pernah g tempat2 camni time waktu2 camni. Owh, tempat tu nama Pantai Bersih. Parking kereta penuh. Kete yang parking kat tepi jalan pun dh berlapis-lapis. Tanda tanya mencurah2 sampai melimpah-limpah keluar dari kepala aku. Tp yang paling aku nk tanya, pe diorang buat ramai2 kat sini? Cam de fiesta. Dan akhirnya housemate aku btau, “Depa nak tengok bunga api kot,”. Aiyakk..boleh la plak camtu.


Actually, pe tujuan aku g tempat ni? Hehehe..sebenarnya pada malam tu, pihak PUMPP (kalau salah, sila betulkan) mengadakan operasi Ops Sayangi Remaja. Ini merupakan operasi yang diadakan setiap malam hari2 sambutan tertentu (Merdeka, Tahun Baru) yang bertujuan utk membasmi aktiviti kurang sihat yang dilakukan oleh golongan remaja. Tahun lepas operasi ini de dilakukan, tapi aku tak dapat nk join sebab ade komitmen lain. Alhamdulillah, tahun ni dapat g dan dapat timba sedikit pengalaman. Operasi yang bermula lebih kurang jam 12.30pg dan sepatutnya berakhir sekitar jam 3pagi, tapi aku terpaksa balik lebih kurang jam 2pg coz kami parking kete kat tmpt yang org lain tak parking dan agak membahayakan kalu just kami je yg g kat tmpt tu. So, mekasih kat sebuah kete yang kami duk follow tu walaupun kadang2 jalan yang ditunjuk tu bukanlah jalan yang benar. Kami pun lebih kurang sama.


Dalam perjalanan pulang, aku tanya kat sahabat aku, “Apa yang awak dapat malam ni?”. Haha..sebenarnya soalan itu ditujukan kepada aku sendiri. Yelah, dalam membuat sesuatu perkara, ia adalah sia2 jika kita mengambil/mendapat apa2 daripadanya. Yea, walaupun tak lama aku terlibat dlm operasi tu, banyak jugaklah yang aku dapat, tapi aku tak tau nak cerita macammana. Dalam hati memikirkan, inikah sahaja erti kemerdekaan Negara kepada kita? Bunga api, kibar bendera (tapi merempit sana sini), melepak sehingga santak pagi, masa paling sesuai utk bertemu buah hati, and so on. “Alaa..biaselah tu. Bukan selalu,”. Owh, sudah lupa dengan pepatah Melayu, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekalai-kali?? Mmm..bila benda yang tak baik dh jadik biasa, benda baik akan jadik luar biasa. Contoh mudah. Berdua-duaan lelaki dan perempuan yg bukan mahram itu adalah perkara maksiat, namun dianggap biasa. Tapi cubaan menegur mereka untuk tidak melakukan perkara tersebut adalah perkara yang baik, namun dianggap pelik. Nampak cam remeh, tapi itulah hakikatnya. Mm..tak nak membebel panjang2. Papepun, de satu yang betul2 berbekas kat hati ni hasil dari operasi tersebut. PERBAIKI DIRI DALAM SEMUA ASPEK & JANGAN MUDAH SALAHKAN ORANG LAIN (Eh, cam de 2 points plak). Mmm..nampak cam biase je, tapi itulah pengajaran “terhebat” yang aku dapat malam tu.


Tiba di rumah sekitar jam 315pg selepas gagal dalam cubaan mencari minyak kereta dambaan pemilik kereta. Huhu..selepas tidur lebih kurang 30minit (terjaga selepas mimpi dibelasah oleh Aiman dengan buah durian. Huu..), bangun utk memulakan hidup baru. The End.

*Psstt..arini minyak dah naik harga. Rasa2, pasni tiket bas naik harga lagi tak? Mmmm…

*Arr..no kat title tu, bukan no ekor ye. Harap maklum.