RSS

Sunday, April 12, 2009

Etika Senda-Gurau

Senda-gurau perlu dalam mengutuhkan sebuah ikatan, terutama ikatan persahabatan, kekeluargaan dan persaudaraan. Tidak dapat dibayangkan sebuah persahabatan yang serius sepanjang masa. Senda-gurau juga pengubat duka. Senda-gurau pencetus kepada gelak dan tawa. Gelak tawa telah terbukti secara saintifik mampu mendorong seorang pesakit sembuh dengan lebih cepat. Oleh itu, jangan terlalu kedekut utk sekurang-kurangnya menguntum sebuah senyuman.

Namun, Rasulullah telah mengingatkan kita, utk tidak terlalu banyak bergelak-ketawa. Gelak dan tawa terlalu banyak mematikan hati. Oleh itu, berpada dalam ketawa. Untuk itu, kita perlu berpada-pada dalam bergurau. Dr Yusuf Al-Qardhawi telah
meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:


Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
Nabi saw bersabda :
"Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia." (Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)


Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah s.w.t bermaksud: “ Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ ( 11 : Surah al-Hujurat)

Nabi saw bersabda:
“Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain. Aisyah ra berkata maksudnya “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah saw bersabda
: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.”(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)


Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;
“Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”(Hr Thabrani – sahih)

Nabi saw bersabda:
“ Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul-betul.”(Hr Ahmad – sahih)


Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:
“Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba. (Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt maksudnya:“Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (59 – 61 : Surah an-Najm)


Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:
“Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:“Masukkan lawak dalam ka
ta2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”

Said bin al-‘As berkata:“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas.”



Note 1: Satu muhasabah untuk diri. Koreksi diri untuk membaiki diri, insyaAllah.

Note 2: Selepas ni aku akan jadi lebih serius. Hehehe...fs25

Friday, April 10, 2009

Tanda Hati Rosak dan Kaedah Rawat Hati


Tanda-tanda hati yang rosak



1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.

4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.

8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.

10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.



Kaedah rawatan penyakit hati



a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya

b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran

c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.

d) Khusyuk dalam solat.

e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.

f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.

g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.

h) Beriktikad dengan akidah yang betul.

i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.

j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.

m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.

n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.

o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.

q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.



Apa khabar hati anda hari ini?

Sakit?
fs02fs03fs10


Sihat?
fs11fs12fs31


"Orang-orang yang beriman dan hati-hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd: 28)

Peluang dan Risiko


“ …. every time opportunity present itself, no matter what it is, you must say YES!!”.


Sedutan dari filem YES MAN! Aku tak pasti sangat jalan cerita dia camna tapi ayat kat atas ni terngiang-ngiang kat telinga aku. Memberi makna yang tersendiri. Mungkin sebab aku berhadapan dengan beberapa situasi yang memerlukan aku membuat keputusan, tapi itu bukan cerita utama kat sini. Aku tak setuju sangat dengan ayat tu, sebab bagi aku, wise people will not say YES to all opportunities but they will say YES to the right opportunities only.


Setiap hari kita berhadapan dengan perkara2 yang memerlukan kita membuat keputusan. Susahnye nak buat keputusan terutama keputusan yang melibatkan dua sahaja jawapan; YES or NO. bak kata kawan aku, lebih baik jawab soklan subjektif daripada jawab soklan camni dalam exam. Walau bagaimanapun, yang penting kat sini, bagaimana kita membuat keputusan tersebut. Berdasarkan kepada kata hati? Pengaruh persekitaran? Pertimbangan ‘aqal? Pertimbangan ‘iman? Atau just baling dadu, mengikut untung nasib diri sendiri?.



Peluang dan Risiko


“Ish, boleh ke aku buat ni? Kalau nak abaikan, rasa macam rugi. Peluang bukan datang selalu. Tapi kalau aku buat, pe yang akan jadi? Tak pernah orang buat camni sebelum ni..”.


“Tak rugi ke kalau aku labur banyak2 ni? Memang keuntungan dia banyak, tapi risiko rugi tu banyak jugak,”


“Haa..kalau dikira jumlah pelaburan encik ni, encik akan terima 10% dari keuntungan perniagaan ni. Itu kalau perniagaan ni untung laa.. Kalau rugi, maksudnya, encik pun akan sama2 rugi. Ada faham?”


“Peluang untuk menang adalah tinggi jika kita mengaplikasikan cara ni. Tapi risiko utama ialah kalau strategi ni diketahui pihak lawan, kemungkinan untuk kita kalah adalah amat tinggi,”


“Kebarangkalian untuk anda ingat apa yang anda baca dalam study week adalah amat tinggi sebab anda baru sahaja membacanya tapi risikonya adalah anda tidak sempat nak baca/cover semua perkara dalam masa tersebut,” (Hoho..ni boleh ke dijadikan contoh???)


“Peluang dan risiko ibarat sepasang kekasih yang setia, yang sukar dipisahkan,”. Ceh, teringat ayat seseorang ni. Ada benarnya ayat tu walaupun mula2 aku tak leh nak terima perumpamaan tu. Risiko berkait rapat dengan kesan dari keputusan/perbuatan kita. Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai peluang. Positif dan negative. Peluang untuk menambah pendapatan, peluang untuk menambah ilmu, peluang untuk menambah pahala/dosa, peluang untuk melepaskan peluang yang ada dan sebagainya. Aku tak nak bicara tentang peluang yang negative, tapi mari kita tumpukan kepada peluang yang positif. Kita sendiri dah maklum, semakin besar peluang, semakin besar risiko. Kalau dalam graft tu kata orang, PELUANG berkadar langsung (directly proportional) dengan RISIKO. Tak percaya? Simple je contoh. Pernah tengok orang main saham? Semakin tinggi pelaburan, semakin tinggi peluang untuk mendapat keuntungan yang banyak, tapi pada masa yang sama, risiko untuk rugi juga semakin tinggi. Peluang untuk menjadi kaya melalui perniagaan yang besar semestinya diiringi dengan risiko kerugian yang besar. Itu konsep perniagaan yang sebenar. Di dalam Islam sendiri, tiada satu perniagaan pun yang menjanjikan keuntungan tanpa rugi, kecuali satu perniagaan. Apa dia? Ramai dah tahu tentang benda ni, tapi mari kita teliti balik. Sila rujuk surah As-Sof, ayat 10-11;


“..Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”


4 perkara sahaja yang perlu dijadikan modal di dalam perniagaan ini;

· Beriman kepada Allah

· Beriman kepada Rasul-Nya

· Berjihad di jalan Allah dengan harta

· Berjihad di jalan Allah dengan jiwa/nyawa


MasyaAllah!! Betapa Maha Pemurahnya Allah. Kalau nak difikirkan balik, ada ke Pemilik kepada sesuatu barang, membeli barang dari peminjamnya, dengan harga yang begitu tinggi, kemudian dijanjikan pula dengan keuntungan yang pasti. Aduhh..lumayan sekali. Namun, berapakah orang yang benar2 mahu menceburkan diri dalam perniagaan ni? Tak perlu tanya orang lain, mari kita tanya diri kita sendiri dahulu. Sudahkah anda melabur untuk jaminan kehidupan ‘masa hadapan’ anda? Pesanan penaja.


“Orang yang berjaya itu kebanyakannya terdiri daripada orang2 bijak mengambil peluang dan berani mengambil risiko”.


3BT


“Ok, it’s up to you. 3BT,”. Ayat yang aku suka guna time zaman muda2 dulu. 3BT=Berani Buat Berani Tanggung. Ni macam kod rahsia untuk aku ngan kawan2aku laa. Ok, abaikan yang tu. Orang sekarang kebanyakannya memang berani, tapi kadang2 berani tak bertempat. Siri Fearfactor jadi contoh. Sorang ustaz pernah kata, “Uish, orang sekarang memang berani kalau nak buat kerja2 yang ntahpapeni. Tapi cuba la kamu suruh depa buat kerja amar makruf wa nahi munkar, bape kerat je yang berani tampil ke hadapan untuk sama2 buat benda ni,”. Dushh, sebijik kat muka. Rasa terus nak minum air coz terasa pedasnya ‘cabai Melaka’ yang ustaz tu guna.


Benar, untuk sama2 menegakkan syariatnya di bumi tempat kita berpijak ni, bukan satu perkara yang mudah. Dicaci, dicemuh, dihina, dianggap gila yg pelbagai nama, dipenjara, terseksa, mati adalah risiko yang perlu ditanggung, namun adakah ia sia2 jika dilakukan dengan ikhlas kerna-Nya? Ketahuilah, itulah mahar yang perlu dibayar untuk hidup dan kebahagiaan di sana kelak. Cabaran2 yang menerjah datang di dalam proses perniagaan tersebut merupakan peluang2 yang dihidangkan oleh-Nya untuk menambah lagi imbuhan keuntungan. Indahkan kalau kita buat perniagaan dengan Allah?


So, sebagai penutup, seruan untuk diri dan utk semua, mari sama2 kita ‘grab’ peluang untuk berniaga dengan-NYA. Allahu Akbar!!


Monday, April 6, 2009

VIVA

Assalamu'alaikum...

Petang ni aku akan wat presentation untuk projek Tahun Akhir aku, insyaAllah. Jam 3.25ptg, bertempat di Lab Komunikasi, aras 3 di Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Hehehe..sekadar pemberitahuan. InsyaAllah ni merupakan 2nd last stage yg perlu aku habiskan sebelum meninggalkan projek ni.fs11

Mmm..tajuk FYP aku, "Microwave Log-Periodic Antenna". Baru 2 minggu lepas aku perasan de perkataan "Microwave" kat depan tu. Ntahpapeje. Takpela, tak bagi kesan banyak sangat pun. Hehehe..


Nilah bendenye tu. Simple je kan? Siap leh selit2 celah buku je time nk bawak p test kat lab. Ntahpapeje bentuk dia, tapi rasa cam nak pengsan mengerjakannya. So, lepas ni, still nak teruskan dengan antenna and propagation field? Maybe yes, and maybe not. Kerna diri sedang memupuk satu minat yang baru, dalam usaha untuk mengelak diri menjadi dinasour.fs27



"Dan katakanlah; Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmuku."
(Toha: 114)


*Rasa tak sabar nak VIVA sok. Ya Allah, Yang Maha Berkuasa mengatur perjalanan hidup hamba2-Nya, kumohon kepada-Mu supaya dipermudahkan urusanku. Ameenn..

Sunday, April 5, 2009

Ukhuwwah Islamiyyah

MUQADDIMAH


Konsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt yang bermaksud:


"Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)


KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB UKHUWWAH (PERSAUDARAAN):


Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani - ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah - yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:


“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).


Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.


Harakah Islamiah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.


Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jamaah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.


1. Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:


“Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”.


Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:


“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.


2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w:


“Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini”. (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).


3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:


“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.


4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:


“Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, (3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, (5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”. (Hadis riwayat Muslim).


5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:


“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).


Rasulullah s.a.w juga bersabda:

“Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)”. (Hadis riwayat Muslim).


Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara mitu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengair”. (Hadis riwayat).


Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w bersabda:


“Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat”. (Hadis riwayat Tirmizi).


Baginda juga bersabda:

“Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”. (Hadis riwayat Muslim).


SYARAT-SYARAT UKHWAH


a. Ukhwah yang dibina berlandaskan keihklasan kerana Allah swt. Ukhwah yang dibina berlandaskan keihklasan dan bebas dari sebarang elemen atau sifat kepentingan peribadi atau kerana kepentingan seseorang.


Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis di dalam sahihnya yang menceritakan soalan malaikat kepada seorang lelaki yang ingin menziarahi saudaranya di sebuah kampong.


Malaikat itu bertanya, “Ke mana kamu hendak pergi?”

Jawab lelaki itu, “Aku ingin menziarahi saudaraku di kampong ini”.

Malaikat itu bertanya lagi, “Adakah kamu mempunyai sebarang kepentingan di sana?”

Lelaki itu menjawab, “Tidak melainkan aku menyintainya kerana Allah.”

Kemudian malaikat itupun berkata, “Sesungguhnya aku adalah utusan Alah yang diutuskan oleh Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyintaimu sebagaimana sahabatmu keranaNya”.


b. Mestilah disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.

Seseorang Muslim itu mestilah memilih sahabatnya yang soleh dan bertaqwa supaya dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada dirinya. Nabi Muhammad saw telah menjelaskan akan kepentingan memilih sahabat yang baik sebagaimana yang disabdakan Baginda yang bermaksud:


“Perumpamaan orang yang berkawan antara orang yang baik dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikan kepadamu atau mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan dapat bau yang harum daripadanya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok (daripada besi tersebut).” (Muntafaq ‘Alaih)


Namun demikian, ia tidak beerti kita tidak boleh langsung berkomunikasi atau bersahabat amaada kepada golongan yang tidak baik atau kafir, tetapi di dalam konteks ini kita mestilah istiqomah agar tidak terjebak atau terpengaruh dengan sebarang keburukan. Sebaliknya kita yang menguasai situasi sebagai pendakwah. Contohilah ikan yang tidak masin isinya walaupun hidup di dasar lautan.


c. Mereka yang berukhuwwah mestilah melazimi diri dengan manhaj Islam.

Syarat yang seterusnya bagi mereka yang berukhwah ini mestilah melazimi diri mereka dengan peraturan ataupun manhaj Allah swt sebagaimana yang terdapat di dalam ajaran Islam. Sumber penyelesaian pertikaian ataupun masalah mesti dirujuk kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw. Sebagaimana Sabda Nabi saw yang bermaksud:


“Dan dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya”.


Jika disoroti kepada perjalanan hidup para sahabat, apabila mereka bertemu mereka tidak berpisah sehinggalah salah seorang daripada mereka membaca Surah al-Asr dan mengucapkan salam sesama mereka. Ini adalah di antara contoh yang menunjukkan bahawa mereka nerkasih sayang berteraskan manhaj Islam dan di atas dasar keimanan serta amal soleh.


d. Mempraktikkan amalan nasihat-menasihati.

Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt di dalam Surah al-Asr:


“Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran (di atas kepahitan kebenaran)”


e. Ukhuwwah yang melaksanakan konsep saling tolong menolong samada dalam susah atau senang.

Di dalam Islam, persaudaraan adalah sesuatu yang teramat penting sebagai asas kepada perjuangan. Rasulullah saw dan juga para sahabat telah menunjukkan contoh yang terbaik di dalam membantu dan menolong sesama mereka. Mereka saling lengkap-melengkapi tidak kira dalam masa Nabi berada di Mekah ataupun tatkala Islam berkuasa di Madinah. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:


“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubunhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya” (Muntafaq ‘Alaih)


Hak-Hak Ukhwah

a. Memberi salam
b. Menjawab salam
c. Menziarahi sahabat yang sakit.
d. Mengiringi jenazah
e. Memenuhi undangan.
f. Mendoakan sahabat ketika bersin.
g. Menolong mereka yang dizalimi.
h. Memberikan perhatian kepada nasihat yang diberikan.
i. Menolong mereka yang kesusahan.


Selain itu Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ ulum Al-Din telah menggariskan 8 perkara yang perlu ditunaikan dalam persaudaraan Islam:


1) Saling tolong menolong samada dalam keadaan senang ataupun susah. Sebagaimana Hadis Nabi saw yang bermaksud:

“Perumpamaan dua orang yang bersaudara itu adalah umpama kedua-dua tangan yang mana salah satunya membasuh tangan yang lain”


2) Menolong saudara kita untuk menyelesaikan hajatnya sebelum diminta.

3) Diam atau tidak memperkata atau menyebarkan keaibannya samada semasa dia ada atau tidak dan tidak mencari-cari kesalahannya.

4) Menebarkan kebaikannya dan memanggilnya dengan nama yang baik. Saidina Umar pernah berkata: “tiga perkara, apabila kamu lakukan, maka akan terjalinlah kasih sayang; iaitu yang pertama, apabila bertemu mulakan salam, yang kedua; lapangkan tempat duduknya di dalam majlis dan yang ketiga panggillah dengan panggilan yang baik.

5) Nasihatilah dia dengan cara yang lembut sekiranya dia terlalai atau melakukan dosa.

6) Mendoakannya semasa hidup atau selepas kematiannya.

7) Menghormati semua rakan-rakan dan kaum kerabatnya. 8)Tidak memberati sahabat kita dengan apa-apa yang boleh menyusahkannya.


KESATUAN AQIDAH


Ia merupakan faktor terasas dalam pembentukan Wahdatul Amal dan Wahdatul Fikr. Tumpuan utama dalam menyatupadukan Aqidah ialah dengan mentauhidkan Allah kerana tuntutan tauhid adalah bertunjangkan Rububiyyah dan Uluhiyyah. Tauhid yang diimani inilah yang menjadi asas kefahaman yang jelas seterusnya melahirkan amal Islami yang ikhlas. Firman Allah swt yang bermaksud:


“Tidak ada paksaan di dalam (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dan yang sesat. Kerana itu, barangsiapa yang ingkar kepada taghut lalu mereka beriman kepada Allah, seungguhnya mereka telah berpegang kepada tali Allah yang amat kuat dan tidak akan ia putus. Dan Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (al-Baqarah : 256)


Berdasarkan Sirah Rasulullah saw, baginda pada permulaannya telah menjalankan usaha memperbetulkan aqidah masyarakat daripada kekotoran syirik dan kufur ke arah mengesakan Allah bagi mencapai kesatuan ummah. Manakala menurut Hassan al-Banna pula, beliau mengelakkan daripada berlaku perpecahan dengan memberikan kefahaman yang jelas dan menutup pintu penyelewengan.


KESATUAN AMAL DAN MATLAMAT


Hasil daripada kesatuan fikrah dan kefahaman, maka akan lahirlah kesatuan amal dalam jemaah kea rah matlamat yang satu. Apa yang paling penting dalam merealisasikan kesatuan amal dan matlamat adalah wala’ dan taat yang mutlak kepada Allah, Rasul dan ketaatan kepada jalan yang benar kepada pimpinan. Segala yang diputuskan oleh pimpinan perlu ditaati selagimana ia tidak bercanggah dengan syariat. Keingkaran kepada perkara tersebut dan saling merasa hebat akan mewujudkan perpecahan dalam jemaah biarpun wujudnya kesatuan fikrah di dalamnya.


Hassan Al Banna di dalam Risalah Ta’lim menganjurkan kepada Amal Islami yang serius. Menurut beilau, umat Islam apabila sibuk dengan amali, perdebatan akan berkurangan. Apabila umat Islam itu akan ditimpa kelemahan dan kemunduran serta kelunturan semangat ahli sekiranya mereka hanya sibuk berdebat yang akhirnya mewujudkan perpecahan.


Kesan daripada tiadanya amal dan system di dalam gerakan Islam dan dakwah, kita dapati banyak kumpulan yang mendakwa mereka sebagai badan Islam dan dakwah, sedangkan cara yang dilakukan adalah bertentangan dengan syara’. Oleh itu, tidak harus bagi sesiapa untuk samaada menyertai atau menyokong jalan tersebut walaupun matlamatnya adalah untuk Islam (matlamat menghalalkan cara).


Jalan atau cara yang perlu dilalui oleh anggota jamaah dan ahli gerakan dakwah ialah:


a. Iman yang mendalam.
b. Kefahaman asas yang mantap.
c. Pembentukan dan perancangan yang rapi.
d. Bekerja dan beramal dengan berterusan dan ikhlas.


Manakala matlamat umum jamaah Islam adalah untuk mendapatkan Mardhatillah dengan berusaha melaksanakan tugas mendaulatkan Syariat Islam sebagai sebuah kuasa yang memerintah. Daulah Islamiyyah yang dimaksudkan adalah yang berteraskan ajaran Tauhid bukannya dari pemikiran Orientalis atau golongan Sekular dan ia menjadi kewajipan kepada setiap individu muslim.


>> Alumni Pelajar Islam Sekolah Berasrama Penuh (APIS) <<